- Hidupkan Suasana-Ibu-bapa ,guru-guru dan murid-murid hendaklah sama-sama menghidupkan suasana bersedia menghadapi peperiksaan.
- Tekanan-Walaupun UPSR penting,tetapi ibu-bapa dan guru-guru tidak seharusnya memberi tekanan yang berlebihan kepada anak-anak kerana ini akan mempengaruhi cara pemikiran dan menimbulkan tekanan jiwa pada masa akan datang.
- Ibu-bapa-Peranan ibu-bapa adalah memastikan kehidupan anak-anak mereka lebih baik pada masa akan datang dan membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang.
- Perangsang-Peransang adalah penting untuk mendidik anak-anak dan mendorong mereka mencapai kejayaan yang gemilang.
- Proses Peperiksaan-Proses peperiksaan adalah proses biasa dalam pendidikan.Oleh itu ibu-bapa harus memberi sentuhan dan penenang kepada anak-anak.Jangan biarkan anak-anak menghadapi beban peperiksaan sendiri.Tanya dan ambil cakna masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
- Jangan Kecewa – Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, jangan kecewa dengan keputusan yang diperolehi oleh anak-anak.UPSR hanyalah Ujian pertama yang perlu ditempoh dalam proses pendidikan yang masih panjang.
- Harapan-Semoga semua murid mendapat pendidikan yang terbaik dan mencapai kejayaan yang bermakna dalam hidup mereka.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago