Wednesday 24 August 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Majlis khatam Al-Quran dan  Penyampaian Sumbangan Aidilfitri ini telah diadakan pada 22 Ogos 2011 (Isnin) di Dewan Sri Temenggong. Majlis ini saban tahun diadakan sempena bulan Ramadhan. Tujuan utama majlis ini adalah untuk menggalakkan murid-murid mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan bacaan Al Quran di samping memberikan sumbangan untuk murid-murid yang memerlukan bagi memberi peluang mereka menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis Khatam ini bermula pada pukul 8.00 pagi, peserta khatam terdiri daripada murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Di dalam majlis ini juga, sumbangan Aidilfitri untuk anak-anak yatim dan murid-murid yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pn Hjh Aishah Bt Mahmood. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai nasyid I'tiraf.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma sama ada dari  ibu bapa, individu-individu dan guru-guru. Semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak berkenaan akan dapat meringankan sedikit tanggungan bagi ibu bapa murid-murid ini dalam menyediakan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya pada tahun ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...