Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 54
peringkat Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan
pada Isnin 15 Ogos 2011. Dengan tema pada tahun ini iaitu Transformasi
Berjaya Rakyat Sejahtera,
majlis pelancaran ini telah dilakukan oleh Pn Rafiah Abdullah selaku Guru Penolong Kanan 1 dan dilakukan dengan jayanya.Program tahunan ini bertujuan memberi kesedaran
kepada warga STAR 2 tentang erti kemerdekaan disamping sebagai simbol
kesyukuran atas kemerdekaan negara. Pelbagai acara telah disusun,
antaranya ialah pertandingan kelas merdeka, , kuiz
kemerdekaan, pertandingan tulisan cantik, pertandingan mewarna dan banyak lagi.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago