SEJARAH SEKOLAH

SK Temenggong Abdul Rahman (2) adalah berasal dari Bukit Zaharah atau namanya sebelum merdeka ialah Bukit Zaharah Day School. Sekolah Bukit Zaharah telah dibuka pada tahun 1910 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bukit Zaharah yang terletak berhampiran dengan Istana Besar Johor.
                  Pada tahun 1956 sebuah bangunan sekolah didirikan di Jalan Abdul Rahman Andak dan pada bulan September 1957 bangunan tersebut diberi nama Temenggong Abdul Rahman School Standart Type Primary ( English ). Semua murid dari Sekolah Bukit Zaharah telah dipindahkan ke sekolah baru. Sekolah ini telah dirasmukan oleh Sultanah Johor pada 10 Oktober 1957. Untuk membantu pentadbiran sekolah, Jemaah Pengelola Sekolah telah dibentuk pada tahun 1959 dengan melantik bekas murid tua iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Hitam sebagai Pengerusi Jemaah Pengelola.
                  Pada tahun 1963, SK Temenggong Abdul Rahman telah dibahagikan kepada dua iaitu SK Temenggong Abdul Rahman ( 1 ) ringkasnya STAR 1 dan SK Temenggong Abdul Rahman ( 2 ) ringkasnya STAR 2 kerana berlakunya pertambahan bilangan murid pada setiap tahun. Sesi persekolahan STAR 1 dan STAR 2 dijalankan secara bergilir iaitu pada setiap tahun (nombor genap) STAR 2 akan bersekolah pada sesi pagi dan pada tahun (nombor ganjil) STAR 2 akan bersekolah pada sesi petang. Sekolah ini terdiri dari murid lelaki sahaja.
                  SK Temenggong Abdul Rahman mendapat nama dari salah seorang Temenggong Johor yang banyak membuat pembaharuan dan bakti pada zaman Kesultanan Johor pada kurun ke-18. Temenggong Abdul Rahman bertanggungjawab sebagai wakil Sultan Johor (Tengku Hussein ) yang mentadbir dan menguasai Kepulauan Singapura dan Negeri Johor. Beliau juga turut serta dalam menandatangani perjanjian dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Temenggong Abdul Rahman telah bersemayam di Telok Belanga, Singapura. Pada  tahun 1825, beliau telah mangkat dan jenazahnya telah di makamkan di Telok Belanga. Puteranya Daeng Rongek telah menggantikan jawatannya sebagai Temenggong dengan gelaran Temenggong Ibrahim dan seterusnya menjadi Sultan Johor ke 18.
                   Jalan Abdul Rahman Andak pula adalah mengambil sempena Dato' Abdul Rahman Andak. Beliau merupakan Penasihat Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Beliau dihantar ke England oleh Sultan Abu Bakar. Beliau berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor dan dilantik menjadi Sri Amar Di Raja. Beliau bertanggungjawab menentang kemasukan pengaruh Inggeris ke Johor dan akibatnya dibuang negeri ke England dan meninggal dunia di sana.
                   Pembinaan bangunan dua blok 4 tingkat yang baru telah mengubah rutin perjalanan sekolah ini. Pembinaan pada awal tahun 1996 dan telah siap pada penghujung tahun 1996. Ini  telah mengubah sesi persekolahan STAR 2. Pada Januari 1997, STAR 2 secara rasmi telah berpindah ke bangunan baru tersebut. Terdapat bilik khas disediakan di sekolah ini seperti Bilik Muzik, Surau, Perpustakaan,Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Tayang.
                   Bermula dari tahun 1957 hingga sekarang, STAR 2 telah ditadbir oleh Guru Besar yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti dalam pelbagai aspek untuk menaikkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
                   Sehingga kini, sekolah ini telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, ruang makan Pra Sekolah, 12 bilik darjah akademik, klinik pergigian, bilik pinjaman buku teks SPBT, Bilik Pemulihan Khas, Pusat Akses, Bilik PPSMI dan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
                   Pada tahun 2009, dengan jasa baik Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru; pihak sekolah serta pihak PIBG sekolah ini telah dapat membangunkan sebuah padang mini di hadapan sekolah. Padang tersebut telah digunakan secara rasmi pada awal November 2009. Kini STAR 2 mempunyai 380 orang murid dan 32 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah, seorang Juruteknik Komputer, seorang Pembantu Am Pejabat, 4 orang Pekerja Swasta Kebersihan dan dua orang Pegawal Keselamatan Swasta. Kebanyakkan murid di sini berasal dari keluarga yang mempunyai sosio ekonomi yang baik. Penempatan murid di sekolah ini adalah dari sekitar bandaraya Johor Bahru dan Bukit Saujana. Malah terdapat juga murid dari Seri Stulang, Larkin, Kempas, Skudai, Tampoi dan Perling.


BIL


NAMA GURU BESAR


TAHUN
BERKHIDMAT
1
EN CHIA TECK CHIANG
1964 - 1969
2
EN HO PENG SENG
1969 -  1972
3
EN CHARLIE HU WEI TECK
1973 -  1975
4
EN HO PENG SENG
1975 -  1985
5
EN LEE WENG KEE
1985 -  1988
6
EN ABDUL RAHMAN AWANG
1989 -  1992
7
EN AN CHIN KWANG
1992 -  1997
8
TN HJ JEMALI BIN PAIMAN
1997 - 1998
9
ENen abd razak bin mohd
1998 - 2002
10
EN yeo keng guan
2002 - 2005
11
en tay tong aik
2005 - 2008


   12
PN HJH AISHAH BT MAHMOOD
2008 -  2011


   13
cik norpisah bt ibrahim
2011 - kini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...