Unit Hal Ehwal Murid, SK Temenggong Abdul Rahman 2 dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan Program Tabungan pada 20 September 2011 ( Selasa) bertempat di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahman 2.Program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran di samping memupuk minat suka menabung di kalangan murid-murid sekolah STAR 2.Pihak Bank Simpanan Nasional telah memberikan ceramah berkaitan kepentingan menabung dan satu kaunter khas untuk perkhidmatan pembukaan akaun Bank Simpanan Nasional juga disediakan.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago