Acara sebelum sukan tahunan sekolah telah diadakan pada 21 September 2011 pada hari Rabu di Padang Sekolah. Terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.
Penuh semangat kesukanan.... itulah ungkapan yang selayaknya terpacul
dari mulut seluruh warga Sekolah Temenggong Abdul Rahman 2 ketika berlangsungnya
acara akhir menjelang Sukan Tahunan yang akan berlangsung pada 24 September 2011. Acara sebelum sukan berlangsung dalam
suasana yang penuh harmoni disemai dengan semangan kesukanan yang tinggi
yang ditunjukkan oleh para peserta, penyokong dan guru rumah sukan.
Setakat hari terakhir acara sebelum sukan ini, Rumah merah gah
mendahului rumah sukan yang lain.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago