Ceramah ini telah dijalankan pada Isnin 4 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2,
ianya disampaikan oleh Profesor Dr Mohd Zamri Bin Mohd Salim dan semua murid STAR 2 telah terlibat di dalam seminat Q-Maths ini. Bahan seminar ini adalah dibina dari kajian dan buku yang dikeluarkan oleh MyTm Dot Biz bertajuk “Qmaths: Mathematical Methods for Speed and Accuracy for Malaysian Schools”. Qmaths adalah salah satu produk innovatif MyTm yang dibina untuk membantu pelajar dalam pembelajaran matematik. Sistem ini boleh:
1. Meningkatkan kefahaman pelajar
2. Menambahkan minat pelajar
3. Menambahkan kebolehan pelajar
4. Mengurangkan kesilapan mudah
5. Memberi alternatif kepada pelajar