Monday 25 July 2011

Majlis Persaraan Cikgu Veronica

Majlis meraikan persaraan Cik Veronica salah seorang guru SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah pun diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Temengggong STAR 2.Upacara Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar dan persembahan multimedia. Seterusnya majlis ini diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada guru besar, guru penolong kanan, kelab bilik guru dan  wakil-wakil kelas.

Latar Belakang 

Beliau Cik Veronica Chan Yuet Meng telah dilahirkan pada 22 Julai 1955. Kesukaran hidup tidak pernah membuatkan Cikgu Ron berputus asa dalam mencari ilmu. Disebalik kesukaran hidup pasti ada kegembiraan. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK /SMK IJ Convent , Johor Bahru bermula pada tahun 1962 - 1972. Beliau mendapat pendidikan guru di Maktab Perguruan Melayu Melaka dan telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 38 tahun sejak tahun 1974. Beliau amat suka menari dan bermain tenis di masa lapang.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...