Pada 2 Julai yang lepas pihak sekolah telah menyertai larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang mana ianya dijalankan serentak seluruh Malaysia. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan
memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan
kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago