Tuesday 14 June 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM MURID TAHUN 6

Pada 26 hingga 27 Mei yang lalu, bertempat di padang sekolah STAR 2 telah diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2011. Program yang dikelolakan oleh Unit Ko-kurikulum telah dijayakan oleh murid-murid Tahun 6.Pelbagai aktiviti telah diatur bersempena dengan program ini. Selesai solat Jumaat, murid-murid telah bertungkus lumus memasang khemah dan membina gajet. Kreativiti murid-murid terserlah apabila pelbagai bentuk gajet telah dihasilkan. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuklah Sesi Pengisian Kerohanian, Taklimat Perkhemahan dan Ice Breaking. 

Pada hari kedua, lebih banyak aktiviti menarik dijalankan termasuklah Kemahiran Ikatan & Simpulan, Asas Pertolongan Cemas, Kawad Perbarisan, Pertandingan Ikatan dan Memasak. Murid-murid kelihatan sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Acara penyampaian hadiah dilangsungkan dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan olehPn Hjh Aishah Bt Mahmood  selaku Guru Besar STAR 2.
Diharapkan murid-murid dapat menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang ko-kurikulum dan memupuk sikap berdikari dan bekerjasama di dalam satu pasukan. 
 Perkhemahan tersebut memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru dan ahli-ahli jawatankuasa yang hadir menghulurkan bantuan, khususnya dari segi pengawasan program , penyediaan makanan sepanjang perkhemahan ,yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang perkhemahan berlangsung untuk memastikan agar pengisian program yang diterima oleh murid - murid berjalan dengan penuh bermakna. Semoga kerjasama dan semangat muhibbah yang ditunjukkan semasa perkhemahan kali ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada PK Kokorikulum, Kem Komandan, Guru-guru dalam setiap unit dan kakitangan yang telah menjayakan perkhemahan kali ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...