Pada 26 hingga 27 Mei yang lalu, bertempat
di padang sekolah STAR 2 telah diadakan Program
Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2011. Program yang dikelolakan oleh
Unit Ko-kurikulum telah dijayakan oleh murid-murid Tahun 6.Pelbagai
aktiviti telah diatur bersempena dengan program ini. Selesai solat Jumaat, murid-murid telah bertungkus lumus memasang khemah dan membina
gajet. Kreativiti murid-murid terserlah apabila pelbagai bentuk gajet
telah dihasilkan. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan
termasuklah Sesi Pengisian Kerohanian, Taklimat Perkhemahan dan Ice
Breaking.
Pada hari kedua, lebih banyak aktiviti menarik
dijalankan termasuklah Kemahiran Ikatan & Simpulan, Asas Pertolongan
Cemas, Kawad Perbarisan, Pertandingan Ikatan dan Memasak. Murid-murid kelihatan sangat gembira dengan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Acara penyampaian hadiah
dilangsungkan dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan olehPn Hjh Aishah Bt Mahmood selaku Guru Besar STAR 2.
Diharapkan
murid-murid dapat menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang
ko-kurikulum dan memupuk sikap berdikari dan bekerjasama di dalam satu
pasukan.
Perkhemahan tersebut memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk
membina jatidiri dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri
peserta.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru
dan ahli-ahli jawatankuasa yang hadir menghulurkan bantuan,
khususnya dari segi pengawasan program , penyediaan makanan sepanjang
perkhemahan ,yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang
perkhemahan berlangsung untuk memastikan agar pengisian program yang
diterima oleh murid - murid berjalan dengan penuh bermakna. Semoga
kerjasama dan semangat muhibbah yang ditunjukkan semasa perkhemahan kali
ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada PK Kokorikulum, Kem Komandan, Guru-guru
dalam setiap unit dan kakitangan yang telah menjayakan perkhemahan kali
ini.