Sunday 28 June 2020

IKUTI NASIHAT MKN, KKM & MALAYSIA


Alert!!!! Hentikan Penyebaran Corona Virus


Penggunaan Pelitup Muka

PUTRAJAYA: Pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup memang digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggalakkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan orang ramai kerana terdapat bukti ia berkesan menurunkan jangkitan wabak COVID-19.

Beliau berkata, orang awam sememangnya digalakkan untuk memakai pelitup muka terutama mereka yang bergejala.

"KKM memang sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama bagi mereka yang bergejala dan jika kita berada di kawasan orang ramai termasuk pengangkutan awam dan pusat beli belah.

"Kepada mereka yang bertugas di wad COVID-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mereka diberikan penutup mulut dan hidung serta memakai peralatan pelindungan diri (PPE)... itu memang kita pastikan petugas warga kerja KKM dan barisan hadapan pelbagai agensi untuk memakainya," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, WHO juga menasihatkan mereka yang bergejala seperti demam, batuk, badan letih, sakit tekak, pening kepala tidak keluar rumah kecuali untuk urusan penting dan mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, individu yang bergejala hendaklah memakai pelitup muka jika mereka perlu keluar rumah.

Katanya, selain itu, WHO juga menasihatkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan warga emas di tempat yang mempunyai penularan jangkitan komuniti dan orang awam di tempat yang mempunyai penularan jangkitan komuniti.

"Secara prinsip, pemakaian pelitup muka perlu diutamakan bagi petugas kesihatan dan juga masyarakat umum yang bergejala. Ini adalah kerana penularan penyakit COVID-19 disebabkan oleh titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti.

"Orang awam pula digalakkan memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak dan sempit. Ini memandangkan di tempat yang sesak, adalah sukar bagi individu untuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain," katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, WHO turut menekankan bahawa pemakaian pelitup muka tidak mencukupi untuk membendung penularan jangkitan COVID-19, sebaliknya perlu juga disertakan dengan penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta langkah kesihatan awam lain yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, ia adalah amalan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dalam memerangi COVID-19.

Katanya, WHO juga akan terus menjalankan kajian dan akan memberi maklumat terkini kepada semua dari semasa ke semasa membabitkan perkara itu.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/697250/covid-19-kkm-sangat-galakkan-pemakaian-pelitup-muka-di-tempat-awam

Apakah Coronavirus?




























         Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Coronavirus 2019 (COVID-19). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

         Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini? Coronavirus atau COVID-19 adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini. KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus COVID-19 ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV. Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan COVID-19 ini.

Sumber : https://pkbsamarahan.moh.gov.my/soalan-lazim-penyakit-coronavirus-covid-19/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...