Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Calon UPSR telah dirancang
dengan harapan dapat memberi doa dan restu serta keredaan kepada para
calon peperiksaan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Usaha
ini merupakan ikhtiar terakhir para pelajar setelah sekian lama berusaha
dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Program ini
juga bertujuan melatih pelajar menjadi insan seimbang bukan sahaja dari
segi intelek dan jasmani malahan aspek rohani.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program sebegini adalah
a) mendapat doa dan keredaan daripada Allah S.W.T
b) para calon dapat membuat persediaan yang mantap dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan.
c) para calon dapat memperolehi motivasi dan suntikan semangat supaya
lebih berkeyakinan diri untuk berjaya pada saat-saat akhir sebelum
menduduki peperiksaan.