Monday, 28 January 2013

ORIENTASI PENGAWAS SEKOLAH, PUSTAKAWAN DAN KETUA KELAS

 Pada 22 Januari 2013 , Orientasi Pengawas telah diadakan di Dewan Seri Temenggong STAR 2 . Orientasi ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan dapat saling mengenali di antara guru-guru pengawas,pengawas senior dan pengawas baru. Objektif utama orientasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengawas- pengawas sekolah terutama pengawas- pengawas yang baru dilantik, tentang peraturan sekolah, tugas dan tanggungjwab pengawas dan ciri- ciri serta etika seorang pengawas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ‘ice-breaking’, slot (ceramah) dan latihan dalam kumpulan (ldk). Diharap, selepas ini, para pengawas dapat melakukan satu anjakan paradigma dan memberi yang terbaik bukan sahaja untuk sekolah, tetapi untuk agama, bangsa dan negara.




Pada 23 Januari yang lalu, Minggu Orientasi Pengawas PSS yang baharu
 telah dijalankan dengan lancar. Pengawas didedahkan dengan proses teknik bahan, kaedah penggunaan alat pandang dengar dan peraturan/pengurusan PSS secara umum. Ahli jawatankuasa kerja guru PSS  juga turut hadir dalam menjayakan program tersebut. Semoga program ini mampu memantapkan lagi kefahaman tugas, kepimpinan  serta kredibiliti pengawas PSS sesi 2013


Peranan ketua kelas dan penolong ketua kelas sangat penting dalam memastikan kelancaran pengurusan kelas. Pengurusan kelas yang terancang dan tersusun boleh mewujudkan suasana kelas yang kondusif, dan secara langsung dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ,Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah  menganjurkan Kursus Kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Kelas Tahun 2013.
Program ini dijalankan pada 25 Januari 2013 (Jumaat) pukul 8.00 pagi  sehingga10.00 pagi bertempat di Kelas 1 Wira sebagai satu usaha meningkatkan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong ketua kelas di STAR 2. Program kepimpinan Ketua Dan Penolong Ketua Kelas yang dirancang khas bagi memberi pendedahan kepada peserta dan ianya juga sebagai satu usaha untuk melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan di dalam sesebuah kelas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...