Sunday 18 March 2012

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Temenggong Abdul Rahman  2 akan mengadakan minggu Anti Dadah pada 19 Mac hingga 23 Mac 2012. Minggu antidadah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling STAR 2 pada tahun ini. Tema untuk minggu Anti Dadah ialah “1 Malaysia Membanteras Dadah!” Menurut Guru Besar Pn Norpisah Ibrahim dalam ucapan perasmiannya, fenomena penagihan dadah semakin menular di kalangan remaja dan kerajaan dengan pelbagai usahanya membanteras gejala ini daripada menjadi serius. Di peringkat sekolah, kerajaan menjalankan usaha melalui PPDa ataupun Pendidikan Pencegahan Dadah untuk mengingatkan murid-murid tentang bahayanya dadah.
            Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dalam Minggu antidadah ini iaitu termasuklah:
a.      Mendeklamasikan sajak anti dadah
b.      Melukis Poster
c.       Kuiz
d.      Ceramah anti dadah
Melalui pelancaran minggu anti dadah ini, sambutan hangat daripada murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan amatlah diharapkan. Malah, turut diharapkan mesej Minggu Antidadah dapat disampaikan kepada setiap murid.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...