Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah telah dirasmikan
oleh Puan Guru Besar Cik Norpisah Bt Ibrahim di Dewan seri Temenggong STAR 2 pada 9 Januari 2012. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini
merupakan program tahunan sekolah. Program Mentor-mentee merupakan salah
satu program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah negara
ini. Kejayaan perlaksanaannya banyak bergantung kepada perancangan,
pengurusan, pengawasan yang dibuat oleh Guru Besar, Jawatan kuasa
Penyelaras dan guru-guru. Kefahaman yang jelas terhadap matlamat program
ini juga penting bagi menentukan kelicinan perjalanan sistem
mentor-mentee. Pengorbanan setiap guru bagi menjayakan program ini
amatlah diperlukan kerana guru merupakan asset yang penting. Hasil
daripada program ini diharap dapat memberi kesan yang amat positif
terutama ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Di antara objektif program ini adalah mewujudkan perhubungan yang
dipercayai dan disenangi oleh mentee untuk dijadikan saluran aliran
perluahan perasaan. Program ini juga diharapkan dapat memupuk budi
perkerti dan akhlak yang lebih baik supaya mereka dapat menghadapi dalam
persekolahan dan kehidupan yang lebih mencabar. Di samping itu, dengan
adanya program ini juga membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam
akademik serta pembentukan keperibadian yang sempurna.Warga sekolah mengharapkan agar program ini dapat
diadakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diinginkan.
MAJLIS MUNAJAT SEKAMPUS
2 years ago