Sunday 2 October 2011

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR, MAJLIS JAMUAN RAYA DAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

Tahun 2011 merupakan tahun terakhir bagi Pn Hjh Aishah Bt Mahmood mencurahkan bakti dan jasa sebagai Guru Besar di STAR 2. Beliau akan meneruskan khidmatnya sebagai Guru Besar di sekolah beliau yang baharu iaitu SK Merlimau, Melaka.Pn Hjh Aishah menjawat jawatan Guru Besar di STAR 2 pada 1 Mei 2008 hingga  30 September 2011. Sumbangan beliau dalam menaikkan nama dan mutu akademik sekolah tidak dapat dinafikan lagi kerana sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat, sekolah telah melahirkan 34 pelajar 5A dalam UPSR iaitu 14 orang pada tahun 2008 , 14 orang pada tahun 2009 dan 10 orang pada tahun 2010. Semoga beliau akan terus membawa kecemerlangan kepada sekolah beliau yang baharu. Kami selaku warga STAR 2 mengucapkan terima kasih atas segala budi baik, idea dan jasa beliau selama ini. Selamat Bertugas di tempat baharu.
Pucuk pauh delima batu.
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan

 Majlis Perpisahan yang berlangsung di Hotel M Suites pada malamnya  turut dihadiri oleh wakil - wakil PIBG. Selain dari majlis perpisahan Pn. Guru Besar, majlis juga berlangsung sempena Majlis Jamuan Raya dan Jamuan Akhir Tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...