Monday 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang. Sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan sekolah,

Program pertama yang diadakan ialah mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG. Guru-guru akan diarak memasuki dewan atau tempat khas dengan paluan kompang dan sebagainya. Dalam majlis ini, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara.Terdapat juga acara memberi hadiah kepada guru-guru. Pemberian hadiah kepada guru dibuat secara individu dan mengikut kelas. Pada hari itu, guru akan mendapat pelbagai hadiah seperti bunga, pen dan buku. Sebenarnya guru-guru hanya mengharapkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan mereka tidak pernah meminta hadiah daripada para pelajar.

Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Biasanya majlis ini dibiayai oleh PIBG dan pihak pentadbiran sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan guru-guru yang telah menabur bakti kepada pelajar dan masyarakat setempat.

Saturday 10 May 2014

KE 4 HOKI MSSD JOHOR BAHRU

Kawad Kaki MSSD Johor Bahru 2014



MERENTAS DESA 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan pada 16 Mac 2014. Acara yang disertai oleh semua pelajar ini bermula pada jam 9.30 pagi. Sebelum acara bermula, pelajar berkumpul di Dataran Kejat mendengar taklimat daripada EncikRosleezan, Setiausaha Sukan serta mendengar taklimat daripada guru rumah masing - masing. Murid tahun 3 telah dilepaskan terlebih dahulu dan disusuli dengan murid Tahun 4, 5 dan 6 oleh En Yusoff Bin Hamat, Guru Besar STAR 2. Pelajar begitu bersemangat berlari dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejuraan rumah sukan masing - masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...