Program kem bakat sukan ini telah dijalankan pada 21 dan 22 Ogos 2013 melibatkan 40 orang murid -murid yang terpilih sahaja dari Tahun 4 dan Tahun 5. Antara objektif kem sukan ini adalah:
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
- Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti sukan.
- Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam sukan.
- Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis, kretif dan inovatif dalam kalangan murid.
- Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.