Tahun 2011 merupakan tahun terakhir bagi Pn Hjh Aishah Bt Mahmood
mencurahkan bakti dan jasa sebagai Guru Besar di STAR 2. Beliau akan
meneruskan khidmatnya sebagai Guru Besar di sekolah beliau yang baharu
iaitu SK Merlimau, Melaka.Pn Hjh Aishah menjawat jawatan Guru Besar di STAR 2 pada 1 Mei 2008 hingga 30 September 2011.
Sumbangan beliau dalam menaikkan nama dan mutu akademik sekolah tidak
dapat dinafikan lagi kerana sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat, sekolah
telah melahirkan 34 pelajar 5A dalam UPSR iaitu 14 orang pada tahun
2008 , 14 orang pada tahun 2009 dan 10 orang pada tahun 2010. Semoga beliau akan terus membawa
kecemerlangan kepada sekolah beliau yang baharu. Kami selaku warga STAR 2 mengucapkan terima kasih atas segala budi
baik, idea dan jasa beliau selama ini. Selamat Bertugas di tempat
baharu.
Pucuk pauh delima batu.
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan
Majlis Perpisahan yang berlangsung di Hotel M Suites pada malamnya turut dihadiri oleh wakil - wakil PIBG. Selain dari majlis perpisahan Pn. Guru Besar, majlis juga berlangsung
sempena Majlis Jamuan Raya dan Jamuan Akhir Tahun.