Pages - Menu
▼
Monday 31 October 2011
PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011
Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 21 Oktober 2011 bertempat di Dewan Sri Temnggong STAR 2. Ianya telah dilancarkan oleh Guru Penolong Kanan 1 STAR 2 Pn Rafiah Bintri Abdullah.
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)
Tujuan Utama adalah :
Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)
Tujuan Utama adalah :
- Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011
Pada hari 15 Oktober 2011 yang lepas,sekolah STAR 2 telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak yang ke-21.Sambutan ini telah diadakan di Dewan Sri Temenggong STAR 2.Sempena Sambutan Hari Kanak-kanak itu telah diadakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Hari Kanak-Kanak Sedunia mula diraikan oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1953. Ianya berikutan syor Kesatuan Kebajikan Kanak-Kanak Antarabangsa kepada Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1952. Bertitik-tolak daripada syor tersebut, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu resolusi memandatkan UNICEF mengadakan Hari Kanak-Kanak Sedunia setiap tahun mulai tahun 1953. Kini, Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut oleh tidak kurang daripada 149 buah negara di seluruh dunia pada tarikh yang ditentukan oleh negara masing-masing. Bagi negara kita, Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Oktober setiap tahun. Perayaannya mempunyai dua objektif utama, iaitu:- - memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap segala keperluan serta isu penting berkaitan dengan kanak-kanak, di samping menekankan tanggungjawab masyarakat, khususnya ibubapa terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna, dan - mengadakan program kegiatan kreatif serta hiburan. Tema Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun ini ialah 'Kedamaian Teras Kesejahteraan Kanak-Kanak'. Tema ini selaras dengan perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf tahun 1986 sebagai 'Tahun Kedamaian Antarabangsa'. Tema ini sangatlah tepat kerana ia akan menyedarkan masyarakat kita khususnya, dan dunia amnya, betapa pentingnya kedamaian sebagai asas mewujudkan kesejahteraan kanak-kanak dan keharmonian generasi akan datang. Dengan demikian, sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia ini bermaksud mengingatkan kita semua bahawa kanak-kanak merupakan satu golongan masyarakat yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Kedamaian pula bukan sahaja bermakna suasana tanpa konflik, tetapi ia haruslah diertikan sebagai keadilan, kesamarataan hak, peluang penyertaan bersama dan pembangunan seimbang yang mana amalannya bermula dari peringkat keluarga.
Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh para pelajar iatu persembahan nyanyian,lakonan dan mendeklamasikan sajak.Selepas persembahan selesai,tiba masanya untuk Guru Penolong Kanan menyampaikan hadiah untuk para pelajar yang telah berjaya memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah lalu merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Hari Kanak-kanak.Setelah selesai semuanya,majlis telah bersurai.
KARNIVAL KOKURIKULUM
STAR 2 sekali lagi mengadakan Karnival Kokurikulum. Pada 15 Oktober 2011, Karnival Kokurikulum 2011 didahului dengan Pertandingan mewarna Tahun 1 hingga Tahun. 2 manakala Tahun 3- Tahun 6 pertandingan unit beruniform. Pelbagai program telah dirancang bagi karnival ini. Objektif Karnival Kokurikulum ini diadakan adalah untuk :
- menyemai kesedaran pelajar terhadap kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti di luar bilik darjah.
- menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar
- mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar dengan pelajar, antara pelajar dan guru serta kalangan guru di STAR 2.
- mewujudkan budaya sekolah yang menarik, menggembirakan dan menyeronokkan.
Sunday 9 October 2011
AUDIT SPSK
TAHNIAH, SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2 audit Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) telah selamat berjalan
dengan lancar pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Atas segala komitmen dan
kerjasama semua pihak ada penambahbaikan yang perlu dibuat, syabas pada
semua Warga STAR 2.
MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH
Khamis, 6 Oktober 2011, STAR 2 telah mengadakan satu Majlis Perpisahan
untuk meraikan 2 guru pelatih yang selesai melalui praktikum mereka. Guru pelatih tersebut ialah Ahmad Fadhli dan Dzul Hafiz, mereka dibimbing oleh En Anuar Bin Bejo, En Jagdev Singh, Puan Hjh Aishah dan Puan Rafiah.
Ahmad Fadhli dan Dzul Hafiz merupakan pelajar KPLI opsyen Bahasa Inggeris daripada Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Kami
mendoakan agar kedua-dua pelatih ini akan menjadi guru-guru yang
berdedikasi dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.
Sunday 2 October 2011
Majlis Penyerahan Komputer Oleh Maybank
Majlis Penyerahan
Komputer yang diadakan pada 1 Oktober 2011 diharap dapat memberi kepada murid - murid STAR 2. Majlis
ini dihadiri oleh wakil dari IRDA , wakil Pihak Maybank dan Wakil Jabatan Alam Sekitar.
MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR, MAJLIS JAMUAN RAYA DAN MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN
Tahun 2011 merupakan tahun terakhir bagi Pn Hjh Aishah Bt Mahmood
mencurahkan bakti dan jasa sebagai Guru Besar di STAR 2. Beliau akan
meneruskan khidmatnya sebagai Guru Besar di sekolah beliau yang baharu
iaitu SK Merlimau, Melaka.Pn Hjh Aishah menjawat jawatan Guru Besar di STAR 2 pada 1 Mei 2008 hingga 30 September 2011.
Sumbangan beliau dalam menaikkan nama dan mutu akademik sekolah tidak
dapat dinafikan lagi kerana sepanjang 3 tahun beliau berkhidmat, sekolah
telah melahirkan 34 pelajar 5A dalam UPSR iaitu 14 orang pada tahun
2008 , 14 orang pada tahun 2009 dan 10 orang pada tahun 2010. Semoga beliau akan terus membawa
kecemerlangan kepada sekolah beliau yang baharu. Kami selaku warga STAR 2 mengucapkan terima kasih atas segala budi
baik, idea dan jasa beliau selama ini. Selamat Bertugas di tempat
baharu.
Majlis Perpisahan yang berlangsung di Hotel M Suites pada malamnya turut dihadiri oleh wakil - wakil PIBG. Selain dari majlis perpisahan Pn. Guru Besar, majlis juga berlangsung
sempena Majlis Jamuan Raya dan Jamuan Akhir Tahun.
Pucuk pauh delima batu.
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan
TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2011 KE 41
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah berlangsung di Stadium Tan Sri Hj Hasan Yunos, Larkin pada 24 September 2011. Sukan temasya ini
telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn Hjh Aishah Bt Mahmood, Guru Besar STAR 2. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara Senamrobik Temasya sukan tahunan sekolah 2011berlangsung dengan jayanya. Terima
kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala
kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat
dijadikan iktibar di temasya akan datang.Tahniah kepada rumah Merah atas kejayaan menjadi johan keseluruhan sukan tahunan.Syabas !!!!!!!!!!!!