Tahniah diucapkan kepada pasukan Hoki Lelaki STAR 2 kerana telah berjaya meraih kejayaan apabila muncul sebagai johan dalam kejohanan Hoki MSSD Johor Bahru.Pada perlawanan akhir tersebut telah menemukan STAR 2 dan SK Mohd Khir Johari. Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan STAR 2 berjaya menandingi kehebatan SK Mohd Khir Johari apabila menang dengan jaringan 3 - 0 .
Pages - Menu
▼
Wednesday 1 May 2013
MERENTAS DESA
Acara Merentas Desa STAR 2 telah berlangsung pada 20 April 2013.Murid dan guru telah hadir ke sekolah seperti waktu persekolahan biasa dan berkumpul di Dataran Kejat SATR 2 dalam barisan rumah sukan masing-masing seperti Rumah merah, Rumah kuning, Rumah biru dan Rumah hijau.Guru rumah sukan mengambil kehadiran pelajar dan mengedarkan nombor bagi setiap pelajar.En. Wan Kamel selaku guru sukan menerangkan prosedur merentas desa dan langkah - langkah keselamatan sebelum memulakan acara. Pada jam 8.10 pagi semua murids dan guru telah membuat aktiviti regangan badan. Acara Merentas Desa dimulakan dengan dengan acara murid Tahun 6 dan ikuti dengan acara murid Tahun 3, 4 dan 5.