Pages - Menu
▼
Wednesday 20 March 2013
PERSAHABATAN HOKI ANTARABANGSA
Buat julung kalinya Pasukan Hoki Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahaman 2 telah mengadakan perlawanan antarabangsa
degan St Andrew Junior School Singapura pada 15 dan 16 Mac 2013
perlawanan persahabatan ini berjaya meningkatkan prestasi pemain-pemain
muda bawah 12 tahun pasukan hoki sekolah. Perlawanan telah bermula jam
3:00 petang di Stadium Hoki Taman Daya,Johor Bahru dengan berakhir
keputusan STAR 2 tewas 2-1.Perlawanan yg menarik dan telah menjalinkan
hubungan persahabatan rakan antarabangsa Selat Tebrau.
Monday 11 March 2013
PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat daerah Johor Bahru, telah
dijalankan pada hari Sabtu, 9 Mac 2013 bertempat di SK Taman Anggerik. Pertandingan telah bermula
seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Objektif
pertandingan adalah untuk meningkatkan minat murid untuk bergerak aktif
dalam kegiatan kokurikulum terutamanya kawad kaki, menyediakan murid
untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah serta mencungkil bakat
dan potensi murid-murid. Diharapkan juga melalui pertandingan ini dapat
melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan, dinamik, berdisiplin,
berkeyakinan, berketrampilan, dan bertoleransi khususnya dalam aktiviti
kawad kaki serta tabah menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan
cabaran.
MESYUARAT AGUNG PIBG
Mesyuarat Agung PIBG ke 37 telah diadakan pada 2 Mac 2013 baru baru ini. Kehadiran ibubapa seramai 100 orang telah melancarkan lagi perjalanan
mesyuarat ini. Mesyuarat ini dirasmikan oleh En Abful Rashid yang telah mewakili Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed. Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh pihak ibubapa dan dibincang bersama dengan pihak PIBG dan
sekolah. Perlantikan AJK baru bagi sesi 2013/2015 juga berjalan dengan
lancar. Majlis juga dimeriahkan juga dengan penyampaian cenderahati
kepada 7 orang pelajar yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun 2012
serta cabutan-cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir. Terima kasih
pihak sekolah ucapkan kepada semua ibubapa yang hadir.