Taklimat pengungsian bangunan telah dijalankan pada 23 Januari 2013 bertempat di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahman 2 dan taklimat ini disampaikan oleh En Fairus . Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui oleh warga
sekolah STAR 2. Ini termasuk ujian masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian
latihan kali ini akan memberi fokus terhadap ujian masa dalam konteks pengungsian bangunan.
Pihak sekolah mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari seluruh warga
sekolah sama ada pihak pengurusan, guru, kakitangan dan murid.
Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan akan menggambarkan bahawa STAR 2, benar-benar merupakan sekolah selamat dan warganya
mempunyai tahap kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam menghadapi
kemungkinan risiko kebakaran. Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para
penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara
tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan
hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minit sahaja.
Pages - Menu
▼
Monday 28 January 2013
ORIENTASI PENGAWAS SEKOLAH, PUSTAKAWAN DAN KETUA KELAS
Pada 22 Januari 2013 , Orientasi Pengawas telah diadakan di Dewan Seri Temenggong STAR 2 . Orientasi ini diadakan untuk
mengeratkan lagi silaturrahim dan dapat saling mengenali di antara
guru-guru pengawas,pengawas senior dan pengawas baru. Objektif utama orientasi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
dan pengetahuan kepada pengawas- pengawas sekolah terutama pengawas-
pengawas yang baru dilantik, tentang peraturan sekolah, tugas dan
tanggungjwab pengawas dan ciri- ciri serta etika seorang pengawas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ‘ice-breaking’, slot (ceramah) dan latihan dalam kumpulan (ldk). Diharap, selepas ini, para pengawas dapat melakukan satu anjakan
paradigma dan memberi yang terbaik bukan sahaja untuk sekolah, tetapi
untuk agama, bangsa dan negara.
Sunday 20 January 2013
PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PSS,KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS
21 Januari 2013 -Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Norpisah Bt Ibrahim. Pengawas sekolah merupakan murid - murid yang
terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan keterampilan yang
baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan murid - murid yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.Dalam majlis ini, Guru Besar mengingatkan pengawas tentang tanggungjawab
sebenar seorang pengawas yang perlu mereka pikul selepas ini. Pengawas
merupakan pembantu guru-guru dalam membentuk sahsiah diri setiap murid
di sekolah. Oleh itu, mereka harus menunjukkan contoh yang baik agar
menjadi ikutan warga sekolah yang lain.
PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 6
Perjumpaan bersama ibu bapa murid Tahun 6 telah diadakan pada 19 Januari 2013 bertempat di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahaman 2. Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi memberi taklimat kepada ibu bapa
murid tahun 6 tentang sasaran dan membentangkan perancangan yang telah
dirancang dan telah dijalankan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan
persediaan murid tahun 6 di dalam menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun
ini.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua guru kelas tahun 6, pihak pentadbiran ,ibubapa serta penjaga murid tahun 6.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh semua guru kelas tahun 6, pihak pentadbiran ,ibubapa serta penjaga murid tahun 6.
MESYUARAT RUMAH SUKAN 2013
Pada 16 Januari 2013, SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan Mesyuarat
Agung Rumah Sukan yang melibatkan semua murid. Setiap rumah sukan
telah menjalankan mesyuarat di tempat masing-masing, iaitu Rumah Hijau di belakang Dewan, Rumah Kuning di hadapan Dewan, Rumah
Biru di Makmal Sains dan Rumah Merah di Bengkel Kemahiran Hidup. Murid begitu bersemangat dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam
pemilihan ahli jawatankuasa rumah sukan. Kerjasama murid dan
guru-guru telah menyebabkan mesyuarat agung kali ini berjalan dengan
lancar.
Tuesday 15 January 2013
PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM 100 TAHUN 2013
Yang Bahagia Dato' Nur Jazlan Bin Tan Sri Mohamed Rahmat telah menyampaikan sumbangan RM 100, bantuan awal persekolahan kepada murid - murid Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 pada 16 Januari 2013 bertempat di Dewan Seri Temenggong.
Monday 14 January 2013
SELAMAT DATANG GURU BARU
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 mengalu - alukan kehadiran 3 orang guru baru sebagai warga pendidik baru di STAR 2.Mereka adalah Cik Ummi Khalidah Bt Khalid yang menggantikan Pn Zati Aqilah, Puan Wardiah Bt Salleh yang menggantikan En Zam Zam Clivon dan En Hadzir Bin Seta yang menggantikan Pn Zulfa Alhana Asmain. Semoga
dengan kehadiran mereka ini imej STAR 2 akan terus gemilang dan cemerlang
dalam semua bidang.
12222
Program Transisi bagi murid Tahun 1 2013 telah berjalan dengan lancar selama 3 minggu. Seramai 54 orang murid Tahun 1 menyertai program ini bersama guru-guru Tahun 1. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya ialah Lawatan Kenal Sekolah, permainan dan lain-lain. Program Transisi ini berakhir pada 19Januari 2013.
PROGRAM MENTOR MANTEE 2013
Sekolah kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah melancarkan program mentor mentee bagi mewujudkan hubungan akrab antara guru dan murid di sekolah.
Guru Besar STAR 2 berkata, melalui program ini, murid sebagai mentee dibahagikan dan guru sebagai mentor menjadi ibu bapa angkat mereka ketika di sekolah."Program Mentor Mentee ini merupakan salah satu daripada elemen penjagaan "parent subtitle" kepada semua murid di SK Temenggong Abdul Rahman 2."Pertemuan demi pertemuan dilakukan antara mentor dan mentee menjurus ke arah kecemerlangan akademik, akhlak serta sahsiah pelajar," katanya selepas pelancaran program berkenaan.
Pelancaran program disempurnakan Guru Besar SK Temenggong Abdul Rahman 2 , Puan Norpisah Bt Ibrahim.
Sunday 6 January 2013
Hari Pertama Persekolahan 2013 di SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2.
Alhamdulillah, sesi persekolahan 2013 telah bermula pada 2 Januari 2013 dan ianya berjalan lancar. Walaupun ianya tidak bermula pada hari Isnin, tetapi perhimpunan tetap diadakan dan seterusnya taklimat diberikan oleh guru yang bertugas pada minggu itu.Kehadiran persekolahan juga turut dimeriahkan oleh ibubapa dan penjaga yang turut serta mengikuti perkembangan hari pertama persekolahan anak-anak mereka. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada program tersebut Tidak dilupakan juga kepada ibubapa yang telah datang dan memberi sokongan kepada anak tuan/puan.
Berikut dimuatkan suasana semasa perhimpunan dan juga murid-murid beredar ke kelas masing-masing.