24 OKTOBER 2012 – SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah menganjurkan Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang bertemakan
“Pembacaan Pemangkin 1Malaysia” bertempat di dewan Seri Temenggong. Perasmian ini telah dilancarkan oleh Puan Guru Besar Pn Norpisah Bt Ibrahim. Pelbagai program telah dirancang selama tiga hari sehingga majlis penutupan kelak.
Pages - Menu
▼
Tuesday 23 October 2012
LAWATAN MURID TAHUN ^ KE MAKTAB SULTAN ABU BAKAR DAN SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL
Pada 24 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan lawatan motivasi murid-murid
Tahun 6 ke sekolah menengah berhampiran iaitu Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sultan Ismail.. Lawatan ini
diiringi oleh 3 guru pengiring iaitu Pn Chan Cheng Chin, En Fairus Zakaria dan En Adam Sahimin.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang
telah menerima kunjungan kami.
Tuesday 16 October 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012
Peperiksaan akhir tahun 2012 telah
bermula pada 16 Oktober 2012 dan berakhir pada 19 Oktober 2012,pihak sekolah
mengucapkan selamat maju jaya semoga murid kita yang sedang berjuang akan
beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti ini. Adalah diharapkan
anak-anak didik kita ini akan mencapai kejayaan dan seterusnya menaikkan prestasi
sekolah serta mengharumkan nama negeri Johor, khususnya.
Thursday 4 October 2012
KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH TERBUKA KLUANG 2012
Sebanyak 90 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan hoki enam sebelah anjuran Persatuan Hoki Kluang di padang hoki Sekolah Menengah Sains Johor Kluang selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad, 21 hingga 23 September 2012 yang lalu.Kejohanan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu Bawah 10 (L), bawah 16 (L/P) dan terbuka jemputan. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut di bawah bimbingan En Jagdev Singh dan En Adam, pasukan sekolah telah menduduki tempat ke -3 di dalam kumpulan dan hanya juara dan naib juara sahaja layak ke sukuk akhir. Semoga akan terus berjaya untuk pasukan hoki STAR 2..........