Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 dan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 telah diadakan pada 25 Februari 2011 bertempat di Dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 2 dan telah dirasmikan
oleh YAB Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai.
Pages - Menu
▼
Monday 27 February 2012
Sunday 26 February 2012
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan
untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di
kalangan warga sekolah. Matlamat program Nilam ialah membina tabiat
membaca yang berkekalan di kalangan murid sekolah.
Oleh yang demikian, Pusat Sumber SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan majlis
pelancaran Program Nilam peringkat sekolah pada 27 Februari 2012 yang lepas.
Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Guru Besar Pn Norpisah bt Ibrahim. Taklimat Program disampaikan oleh Pn Noor Syafizah Bt Ahmad Nadzri
Guru Perpustakaan dan media SK Temenggong Abdul Rahman 2. Antara aktiviti yang
diadakan pada majlis itu ialah Kuiz Nilam, penyampaian Sijil Nilam
dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
SAMBUTAN MULIDUR RASUL 2012
Jumaat, 24 Februari 2012 telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah 1433H anjuran Panitia Pendidikan Islam STAR 2. Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat sekolah baru-baru
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik di
kalangan semua warga STAR2. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini
adalah untuk menyegarkan dan menyuburkan semula perasaan cinta dan kasih
terhadap Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta menambahkan
pengetahuan tentang sirah Junjungan Kekasih Allah s.w.t.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengisi program
ini seperti perarakan oleh guru-guru dan pelajar, pertandingan sepanduk
dan kontinjen terbaik, ceramah agama, persembahan nasyid, dan pameran
berkaitan Nabi Muhammad S.A.W.
Syukran jazilan diucapkan kepada semua warga STAR 2 atas sumbangan
dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini. Maa’ssalamah.Wa
ilal liqa’.
Friday 10 February 2012
MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 2012
Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2012 ini dilaksanakan untuk meneruskan kesinambungan program tahun sebelumnya iaitu menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam usaha memantapkan persiapan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Melelui program ini ibu bapa dan pihak sekolah akan mencari kata sepakat dan bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu dalam semua aspek demi memastikan kejayaan cemerlang murid - murid dalam peperiksaan UPSR nanti. Program ini dijalankan pada 10 Februari 2012 di Dewan Seri Temenggong STAR 2.
Tuesday 7 February 2012
MAULIDUR RASUL 1433H (2012)
Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sollu ‘ala Nabi…
Siapakah yang lebih layak diagungkan
& dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga
satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w &
Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak
pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.
Lagu : Wahai Kekasih – Nazrey Johani
Tema Maulidur Rasul 1433 H 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Tema Maulidur Rasul 1433 H 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah