Pages - Menu
▼
Wednesday 18 January 2012
BENGKEL PENGAWAS 2012
Satu Bengkel Pengawas sekolah telah diadakan pada 18 Januari yang lalu. Bengkel ini yang telah diadakan bermula
pada pukul 7:30 pagi hingga 10:30 pagi telah dihadiri oleh 24 orang
pengawas sekolah. Bengkel ini merupakan fasa pertama kepada
bengkel-bengkel yang seterusnya bagi meningkatkan kecekapan dan
keperibadian pengawas.Di antara input bengkel pada hari ini adalah pengenalan kepada fungsi badan pengawas secara keseluruhan, tanggungjawab dan tugas seorang pengawas,
pelaksanaan secara amali bagi tugas dokumentasi dan perekodan.Guru-guru yang mengendalikan sesi
pada kali ini adalah En Adam Sahimin Guru Kaunseling sekolah.
Monday 16 January 2012
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2012
Majlis
Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas tahun 2012 diadakan
bertujuan membentuk kumpulan pemimpin murid yang mampu menggerakkan
organisasi ke tahap cemerlang. Selain itu, Majlis Pelantikan dan
Penyampaian Watikah Pengawas tahun 2012 juga diadakan bertujuan :
- Membentuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pemimpin
- Boleh bekerja dalam kumpulan yang mampu menggerakkan organisasi
- Boleh berinteraksi dengan baik dengan warga STAR 2
Selaras
dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk para
pengawas iaitu Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas 2012
bertujuan mengiktiraf peranan pengawas sebagai salah satu struktur
organisasi penting dalam sekolah. Majlis Pelantikan dan Penyampaian
Watikah Pengawas tahun 2012 telah berlangsung pada 16 Januari 2012
iaitu pada hari Isnin.
Ketua pengawas sekolah iaitu adik Daeng Abdul Rahman telah mengetuai pembacaan ikrar pengawas.
Monday 9 January 2012
PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE
Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah telah dirasmikan
oleh Puan Guru Besar Cik Norpisah Bt Ibrahim di Dewan seri Temenggong STAR 2 pada 9 Januari 2012. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini
merupakan program tahunan sekolah. Program Mentor-mentee merupakan salah
satu program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah negara
ini. Kejayaan perlaksanaannya banyak bergantung kepada perancangan,
pengurusan, pengawasan yang dibuat oleh Guru Besar, Jawatan kuasa
Penyelaras dan guru-guru. Kefahaman yang jelas terhadap matlamat program
ini juga penting bagi menentukan kelicinan perjalanan sistem
mentor-mentee. Pengorbanan setiap guru bagi menjayakan program ini
amatlah diperlukan kerana guru merupakan asset yang penting. Hasil
daripada program ini diharap dapat memberi kesan yang amat positif
terutama ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Di antara objektif program ini adalah mewujudkan perhubungan yang
dipercayai dan disenangi oleh mentee untuk dijadikan saluran aliran
perluahan perasaan. Program ini juga diharapkan dapat memupuk budi
perkerti dan akhlak yang lebih baik supaya mereka dapat menghadapi dalam
persekolahan dan kehidupan yang lebih mencabar. Di samping itu, dengan
adanya program ini juga membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam
akademik serta pembentukan keperibadian yang sempurna.Warga sekolah mengharapkan agar program ini dapat
diadakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diinginkan.
Sunday 8 January 2012
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012
4 Januari 2012 merupakan hari pertama
persekolahan untuk sesi 2012. Seperti kelazimannya, perhimpunan rasmi
sekolah telah diadakan. Terpancar daripada wajah anak-anak yang
kegembiraan kerana seronok memasuki alam persekolahan. Dengan itu, Program Transisi Tahun 1 juga telah
dilancarkan. Sejurus selepas perhimpunan rasmi, murid-murid
Tahun 2 hingga 6 meneruskan sesi P&P seperti biasa. Murid-murid
Tahun 1 pula diberikan taklimat ringkas berkaitan disiplin dan peraturan
sekolah oleh Guru Bimbingan, Encik Adam Bin Sahimin dan Guru
Disiplin, En Jagdev. Semoga murid-murid baru akan terus bersemangat untuk datang ke sekolah dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh.
Tuesday 3 January 2012
TAKLIMAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2012
Taklimat & pendaftaran pra sekolah 2012 telah diadakan pada 2 Januari 2012 di Dewan Seri Temenggong Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Terima kasih kepada semua yang terlibat..