Pages - Menu
▼
Tuesday 29 March 2011
Latihan Kebakaran Siri 1
Latihan kebakaran ini telah diadakan pada hari selasa dia antara pukul 8.20 pagi hingga 8.45 pagi. Latihan ini bertujuan untuk mencegah dan juga menyusun atur laluan bagi mengelakkan kebakaran di waktu masa kritikal dan latihan ini dilakukan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid.
Anugerah Nilam Dan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Bandar
Anugerah Nilam ini diberi untuk murid yang banyak membaca buku di STAR 2. Anugerah ini diberi untuk menggalakan murid-murid membaca buku agar dapat menjana ilmu dari masa ke semasa hingga ke akhir hayat dan memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid.
Majlis Tilawah Al-Quran diadakan pada 26/3/2011 di SK Tasek Utara. Pihak sekolah telah menghantar Ustaz Zam-Zam sebagai guru pengiring dan 3 wakil murid untuk menyertai pertandingan tersebut dan sekolah telah mendapat Johan hafazan lelaki iaitu oleh adik Azrul Haiqal dari 5 Wira.Tahniah kepasa Adik Azrul.....
Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 3
LDP ini telah dijalankan di luar STAR 2 iaitu di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru dan ianya dijalankan pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. LDP ini dijalankan dengan kerjasama daripada pensyarah dan pelatih Unit Pendidikan Jasmani. LDP ini menitik beratkan tentang Kejurulatihan Olahraga untuk murid- murid. LDP ini dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh pelatih IPG Kampus Johor Bahru.
Monday 28 March 2011
Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2
Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2 ini telah disampaikan oleh En Salimin B Selamat dari bahagian Teknik dan Vokasional. Ceramah yang beliau berikan bertajuk " Stategi Headcount Menjana Potensi Individu Ke Tahap Optimum". LDP ini telah dijalankan pada 24/3/2011 pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 1
Latihan dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 23/3/2011 iaitu pada hari Rabu. LDP ini disampaikan oleh En Jamaluddin Bin A. Rahman dari Bahagia Unit Sekolah Rendah Johor Bahru. Ceramah yang di sampaikan oleh beliau bertajuk Profesionalisme Inovasi dan Kredibiliti Dalam Kepimpinan.
Monday 14 March 2011
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA GURU DAN MURID STAR2 14 MAC - 18 MAC 2011
Selamat bercuti kepada semua guru dan murid mulai 14 Mac - 18 Mac 2011. Semoga percutian dapat memberikan manfaat kepada guru terutamanya, yang melepaskan rindu untuk pulang ke kampung masing - masing bagi mengisi masa lapang dan rehat setelah penat mengajar. Kepada murid - murid pula, jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah terutamanya yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2011. Ingat tu, walau bercuti menyeronokkan, akan tetapi keselamatan semasa pulang kekampung juga perlu juga dititikberatkan agar keselamatan pergi dan balik juga selamat.
Selamat bercuti....
Selamat bercuti....
Sunday 13 March 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PKBS 1 DAN UPPM 1 2011
Selamat menduduki peperiksaan PKBS 1 DAN UPPM 1 kepada murid-murid
Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru, Johor..Kami
Warga STAR 2 sentiasa mendoakan kamu semua...semoga mendapat kejayaan
yang cemerlang...InsyaAllah....
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -35
Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan pada 26 Februari 2011 dan
telah dirasmikan oleh En Nor Hisham Bin Hussien, Timbalan Presiden
Bahagian Pembangunan Sosial IRDA. Majlis ini dimulakan dengan bacaan
doa oleh Ustaz Anuar Musyaddad dan seterusnya persembahan dari
murid-murid STAR2.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru:
YDP : Tn Hj Mohd Amin B Othman
NYDP : En Mohd Nasri B Abdul Ghani
Setiausaha : Pn Rasidah Ismail
Bendahari : Pn Zulfa Alhana Bt Asmain
AJK Guru : 1. En Adam Sahimin@Salimin
2. En Anuar Bejo
3. En Jagdev Singh A/L Gurcharan Singh
4. Pn Rafiah Abdullah
5. Pn Zalihar Bu Udin
AJK Ibu Bapa: 1. En Mohamed Arwies B Mohamed Ghazali
2. Pn Nur Adilah Nuha Bt Abdullah
3. Pn Maizatul Sara Bt Abu Bakar
4. Pn Aslinda Bt Salikin
5. Pn Sarbjit Kaur A/P Sohen Singh
Juru Audit Dalaman : En Sarbini B Kamari ( Ibu bapa) dan Pn Nur Azuaa Bt Rofik (Guru)
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru:
YDP : Tn Hj Mohd Amin B Othman
NYDP : En Mohd Nasri B Abdul Ghani
Setiausaha : Pn Rasidah Ismail
Bendahari : Pn Zulfa Alhana Bt Asmain
AJK Guru : 1. En Adam Sahimin@Salimin
2. En Anuar Bejo
3. En Jagdev Singh A/L Gurcharan Singh
4. Pn Rafiah Abdullah
5. Pn Zalihar Bu Udin
AJK Ibu Bapa: 1. En Mohamed Arwies B Mohamed Ghazali
2. Pn Nur Adilah Nuha Bt Abdullah
3. Pn Maizatul Sara Bt Abu Bakar
4. Pn Aslinda Bt Salikin
5. Pn Sarbjit Kaur A/P Sohen Singh
Juru Audit Dalaman : En Sarbini B Kamari ( Ibu bapa) dan Pn Nur Azuaa Bt Rofik (Guru)
Wednesday 9 March 2011
Lagu Sekolah
Belajar berkhidmat berbakti,
Cogankata sekolah kami,
Itu ikrar dan janji,
Untuk ibu pertiwi,
Sekolah yang sangat ku cinta,
Temenggong Abdul Rahman Dua,
Satu tekad dan cita,
Hasrat kami semua.
Taatlah pada Raja,
Serta Negara tercinta,
Prinsip Rukunegara,
Mesti amalkan bersama.
Belajar berkhidmat berbakti,
Cogankata sekolah kami,
Itu ikrar dan janji,
Untuk ibu pertiwi.
Dalam bidang pelajaran,
Minat mesti ditumpukan,
Agar dapat menghasilkan,
Cita-cita hidup bahagia.
Logo Sekolah
Warna Merah - Melambangkan Kekuatan dan Kesungguhan Murid-Murid Belajar
Warna Biru Tua - Melambangkan Ketenangan dan Keharmonian di Sekeliling Sekolah
Warna Putih - Melambangkan Kejujuran, Kesucian dan Keikhlasan Hati dan Budi
Obor Merah - Pencetus semangat dan azam yang jitu serta cita-cita ke arah kejayaan dalam hidup.
Tuesday 8 March 2011
Sejarah Sekolah
SK Temenggong Abdul Rahman (2) adalah berasal dari Bukit Zaharah atau
namanya sebelum merdeka ialah Bukit Zaharah Day School. Sekolah Bukit
Zaharah telah dibuka pada tahun 1910 dengan menumpang di bangunan
Sekolah Agama Bukit Zaharah yang terletak berhampiran dengan Istana
Besar Johor.
Pada tahun 1956 sebuah bangunan
sekolah didirikan di Jalan Abdul Rahman Andak dan pada bulan September
1957 bangunan tersebut diberi nama Temenggong Abdul Rahman School
Standart Type Primary ( English ). Semua murid dari Sekolah Bukit
Zaharah telah dipindahkan ke sekolah baru. Sekolah ini telah dirasmukan
oleh Sultanah Johor pada 10 Oktober 1957. Untuk membantu pentadbiran
sekolah, Jemaah Pengelola Sekolah telah dibentuk pada tahun 1959 dengan
melantik bekas murid tua iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Hitam sebagai
Pengerusi Jemaah Pengelola.
Pada tahun 1963,
SK Temenggong Abdul Rahman telah dibahagikan kepada dua iaitu SK
Temenggong Abdul Rahman ( 1 ) ringkasnya STAR 1 dan SK Temenggong Abdul
Rahman ( 2 ) ringkasnya STAR 2 kerana berlakunya pertambahan bilangan
murid pada setiap tahun. Sesi persekolahan STAR 1 dan STAR 2 dijalankan
secara bergilir iaitu pada setiap tahun (nombor genap) STAR 2 akan
bersekolah pada sesi pagi dan pada tahun (nombor ganjil) STAR 2 akan
bersekolah pada sesi petang. Sekolah ini terdiri dari murid lelaki
sahaja.
SK Temenggong Abdul Rahman mendapat
nama dari salah seorang Temenggong Johor yang banyak membuat pembaharuan
dan bakti pada zaman Kesultanan Johor pada kurun ke-18. Temenggong
Abdul Rahman bertanggungjawab sebagai wakil Sultan Johor (Tengku Hussein
) yang mentadbir dan menguasai Kepulauan Singapura dan Negeri Johor.
Beliau juga turut serta dalam menandatangani perjanjian dengan Sir
Stamford Raffles pada tahun 1819. Temenggong Abdul Rahman telah
bersemayam di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun 1825, beliau telah
mangkat dan jenazahnya telah di makamkan di Telok Belanga. Puteranya
Daeng Rongek telah menggantikan jawatannya sebagai Temenggong dengan
gelaran Temenggong Ibrahim dan seterusnya menjadi Sultan Johor ke 18.
Jalan Abdul Rahman Andak pula adalah mengambil sempena Dato' Abdul
Rahman Andak. Beliau merupakan Penasihat Sultan Johor iaitu Sultan Abu
Bakar dan Sultan Ibrahim. Beliau dihantar ke England oleh Sultan Abu
Bakar. Beliau berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor dan dilantik
menjadi Sri Amar Di Raja. Beliau bertanggungjawab menentang kemasukan
pengaruh Inggeris ke Johor dan akibatnya dibuang negeri ke England dan
meninggal dunia di sana.
Pembinaan bangunan
dua blok 4 tingkat yang baru telah mengubah rutin perjalanan sekolah
ini. Pembinaan pada awal tahun 1996 dan telah siap pada penghujung tahun
1996. Ini telah mengubah sesi persekolahan STAR 2. Pada Januari 1997,
STAR 2 secara rasmi telah berpindah ke bangunan baru tersebut. Terdapat
bilik khas disediakan di sekolah ini seperti Bilik Muzik, Surau,
Perpustakaan,Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Tayang.
Bermula dari tahun 1957 hingga sekarang, STAR 2 telah
ditadbir oleh Guru Besar yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti dalam
pelbagai aspek untuk menaikkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang
akademik dan juga kokurikulum.
Sehingga kini,
sekolah ini telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, ruang
makan Pra Sekolah, 12 bilik darjah akademik, klinik pergigian, bilik
pinjaman buku teks SPBT, Bilik Pemulihan Khas, Pusat Akses, Bilik PPSMI
dan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
Pada tahun
2009, dengan jasa baik Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pegawai Pelajaran
Daerah Johor Bahru; pihak sekolah serta pihak PIBG sekolah ini telah
dapat membangunkan sebuah padang mini di hadapan sekolah. Padang
tersebut telah digunakan secara rasmi pada awal November 2009.
Kini STAR 2 mempunyai 380 orang murid dan 32 orang guru,
seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah,
seorang Juruteknik Komputer, seorang Pembantu Am Pejabat, 4 orang
Pekerja Swasta Kebersihan dan dua orang Pegawal Keselamatan Swasta.
Kebanyakkan murid di sini berasal dari keluarga yang mempunyai sosio
ekonomi yang baik. Penempatan murid di sekolah ini adalah dari sekitar
bandaraya Johor Bahru dan Bukit Saujana. Malah terdapat juga murid dari
Seri Stulang, Larkin, Kempas, Skudai, Tampoi dan Perling.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Objektif
Ø
Meningkat pretasi UPSR dari 80.93% kepada 90 %
Ø
Meningkat GPS UPSR : 1.67
Ø
Menambah bilangan penglibatan murid dalam kokurikulum
peringkat daerah kepada 15% dan pencapaian kejayaan dalam penyertaan
kokurikulum kepada 15 %
Ø
Meningkat prestasi akaemik murid setiap kelas kepada 10
%.
Ø
Meningkatkan matlamat Program 3K, semua kelas mendapat
markah 85%
Ø
Meningkatkan pengguanaan teknologi maklumat secara meluas
dan berkesan dalam sistem pengurusan sekolah, pengajaran & pembelajaran
serta mamantapkan kemahiran murid dalam penggunaan peralatan teknologi
maklumat.
Wednesday 2 March 2011
Salam sejahtera kepada warga STAR2
Saya Cikgu Anuar Bin Bejo ingin mencoretkan kata-kata aluan dalam pembinaan laman web ini....
-------WEBSITE INI MASIH DIDALAM PEMBINAAN LAGI-------
------HARAP MAAF-----
------TERIMA KASIH------
-------WEBSITE INI MASIH DIDALAM PEMBINAAN LAGI-------
------HARAP MAAF-----
------TERIMA KASIH------