Sunday 26 January 2014

PROGRAM MENTOR - MENTEE 2014

26 Januari 2014, Ahad. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satu pelancaran Program Mentor-mentee bagi tahun 2014.

Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh En Shahran Bin Yahya,Guru Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Program ini melibatkan semua guru serta murid Tahun 6 sahaja.. Unit Bimbingan dan kaunseling telah menyediakan sebuah fail kepada setiap mentor yang mengandungi modul untuk digunakan pada setiap kali perjumpaan.

Program ini merupakan salah satu pendekatan guru penyayang. Ianya akan diadakan pada setiap bulan iaitu sebanyak 10 kali. Jangka masa perjumpaan adalah antara 40-50 minit dan akan diadakan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran.

Antara objektif program ini ialah:

            1. Mewujudkan semangat kekeluargaan
            2. Mengamalkan budaya penyayang
            3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah.

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera di kalangan murid.

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH DAN BAYARAN KELENGKAPAN SEKOLAH.

Pada hari Isnin jam  8.00 pagi, 30 Disember 2013 sesi Taklimat Pendaftaran Murid Prasekolah 2014 telah diadakan di dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Sesi taklimat ini diadakan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran murid-murid prasekolah yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...