Wednesday 26 February 2014

MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Majlis diadakan pada 27 Februari 2014 di SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru. Perarakan berkumpulan dengan disertakan kain rentang mengikut kelas masing - masing. Semoga majlis seperti ini berlanjutan setiap tahun bagi menyemarakkan aktiviti sekolah dan murid - murid.

Monday 24 February 2014

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2014

Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2  telah menyempurnakan upacara penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi persekolahan 2014. Majlis tersebut diadakan untuk menandakan penyerahan amanah daripada guru kepada para pengawas sekolah secara rasmi, dengan itu membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.
Seramai 51 orang pengawas telah menerima pelantikan dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan ucapan daripada guru bertugas mingguan. 
                Para pengawas kemudiannya melafazkan ikrar menjaga disiplin dan menjalankan tugas dengan diketuai oleh Ketua Pengawas 2014, Akmal Hazim Bin Azizan, yang diikuti dengan ucapan daripada  Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Shahran Bin Yahya.  Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menghormati guru di kalangan murid, dan tugas-tugas pengawas sekolah sebagai pembantu guru dalam menjaga disiplin murid yang lain.

Majlis permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 SK Temenggong Abdul Rahman 2 (SKTAR2) telah diadakan pada hari Ahad yang lalu  bertempat di Dewan Temenggong STAR 2. Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut :-
  •           Membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan UPSR .
  •      Meningkatkan peratus lulus bagi setiap mata pelajara
  •           Melahirkan semangat kerjasama di antara guru-guru dan murid-murid untuk mencapai sasaran dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...