Sunday 12 October 2014

Tuesday 5 August 2014

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Majlis Bersalaman Menyambut Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014

“ BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMULAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PERANTARAAN KALAM.  DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA”.   (SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)


Pada 24 Julai 2014 yang lalu, telah berlangsungnya program penutupan Ihya' Ramadhan, Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Majlis Bersalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini merupakan acara kemuncak kepada aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Antara aktivitinya adalah seperti kuiz, tazkirah ramadhan dan tadarus al-quran. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara murid dan guru-guru di sekolah ini khususnya. Ianya melibatkan murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 6.

Dalam majlis ini juga diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan diakhiri dengan majlis bersalaman.Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga diberkati Allah S.W.T


Monday 7 July 2014

MAJLIS PERPISAHAN PN ZALIHAR

Majlis perpisahan insan yang disayangi, Pn Zalihar Bt Udin mantan GPK HEM yang akan memulakan tugas sebagai GPK HEM di SK Ampangan Seremban. Kami pasti merindui beliau! Terima kasih atas kepimpinan yang cekap dan memacu unit HEM dengan cemerlang. Tahniah atas pertukaran dan selamat berpisah. Walau jarak memisah namun hati pastikan bertaut kasih. Warga SK Temenggong Abdul Rahman 2 mendoakan agar beliau lebih berjaya di tempat baru nanti.


MAJLIS BERBUKA PUASA 2014

Kelab Bilik Guru STAR2 telah mengadakan majlis berbuka puasa pada 30 Jun  yang lalu dengan kahadiran lebih  20 guru, kakitangan, pasangan masing-masing dan anak mereka.
Turut hadir, Guru Besar, Encik Yusof Bin Hamat dan mantan GPK HEM STAR 2 Pn Zalihar Bt Udin
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat diDewan Seri Temenggong, diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib.  Dalam ucapannya, Encik Yusof Bin Hamat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru dan kakitangan yang telah menderma kepada majlis kali ini dan menghargai mereka yang hadir.




Monday 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang. Sebagai menghargai jasa guru, kerajaan telah mengisytiharkan 16 Mei setiap tahun sebagai Hari Guru. Dalam meraikan sambutan hari guru, banyak program yang boleh dilaksanakan sekolah,

Program pertama yang diadakan ialah mengadakan perhimpunan rasmi. Kebiasaannya, program ini diadakan pada waktu pagi dan dihadiri oleh semua pelajar dan wakil PIBG. Guru-guru akan diarak memasuki dewan atau tempat khas dengan paluan kompang dan sebagainya. Dalam majlis ini, para guru akan membaca ikrar guru, menyanyikan lagu Guru Malaysia dan mendengar amanat daripada Menteri Pelajaran. Sesungguhnya, program yang diadakan ini dapat memberi semangat baru kepada guru untuk terus menaburkan bakti kepada pelajar dan negara.Terdapat juga acara memberi hadiah kepada guru-guru. Pemberian hadiah kepada guru dibuat secara individu dan mengikut kelas. Pada hari itu, guru akan mendapat pelbagai hadiah seperti bunga, pen dan buku. Sebenarnya guru-guru hanya mengharapkan pelajar berjaya dalam pelajaran dan mereka tidak pernah meminta hadiah daripada para pelajar.

Program terakhir yang selalu diadakan ialah jamuan hari guru. Majlis jamuan hari guru ini dihadiri oleh guru-guru dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Biasanya majlis ini dibiayai oleh PIBG dan pihak pentadbiran sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan guru-guru yang telah menabur bakti kepada pelajar dan masyarakat setempat.

Saturday 10 May 2014

KE 4 HOKI MSSD JOHOR BAHRU

Kawad Kaki MSSD Johor Bahru 2014



MERENTAS DESA 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan pada 16 Mac 2014. Acara yang disertai oleh semua pelajar ini bermula pada jam 9.30 pagi. Sebelum acara bermula, pelajar berkumpul di Dataran Kejat mendengar taklimat daripada EncikRosleezan, Setiausaha Sukan serta mendengar taklimat daripada guru rumah masing - masing. Murid tahun 3 telah dilepaskan terlebih dahulu dan disusuli dengan murid Tahun 4, 5 dan 6 oleh En Yusoff Bin Hamat, Guru Besar STAR 2. Pelajar begitu bersemangat berlari dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejuraan rumah sukan masing - masing.

Wednesday 19 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Dengan peristiwa itu,pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Pada 28 fEBRUARI 2014.Perarakan telah berjalan dengan lancar.

Monday 10 March 2014

Tajaan JERSI Hoki STAR2 dari BANK RAKYAT 2014

Tahniah kepada skuad hoki STAR2 atas tajaan yang diterima dari pihak BANK RAKYAT. Semoga skuad hoki STAR2 lebih kehadapan dan terus maju dalam bidang sukan sekolah. Tahniah diucapkan..






Wednesday 26 February 2014

MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Majlis diadakan pada 27 Februari 2014 di SK Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru. Perarakan berkumpulan dengan disertakan kain rentang mengikut kelas masing - masing. Semoga majlis seperti ini berlanjutan setiap tahun bagi menyemarakkan aktiviti sekolah dan murid - murid.

Monday 24 February 2014

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2014

Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2  telah menyempurnakan upacara penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi sesi persekolahan 2014. Majlis tersebut diadakan untuk menandakan penyerahan amanah daripada guru kepada para pengawas sekolah secara rasmi, dengan itu membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.
Seramai 51 orang pengawas telah menerima pelantikan dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan ucapan daripada guru bertugas mingguan. 
                Para pengawas kemudiannya melafazkan ikrar menjaga disiplin dan menjalankan tugas dengan diketuai oleh Ketua Pengawas 2014, Akmal Hazim Bin Azizan, yang diikuti dengan ucapan daripada  Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Shahran Bin Yahya.  Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menghormati guru di kalangan murid, dan tugas-tugas pengawas sekolah sebagai pembantu guru dalam menjaga disiplin murid yang lain.

Majlis permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 SK Temenggong Abdul Rahman 2 (SKTAR2) telah diadakan pada hari Ahad yang lalu  bertempat di Dewan Temenggong STAR 2. Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut :-
  •           Membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan UPSR .
  •      Meningkatkan peratus lulus bagi setiap mata pelajara
  •           Melahirkan semangat kerjasama di antara guru-guru dan murid-murid untuk mencapai sasaran dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sunday 26 January 2014

PROGRAM MENTOR - MENTEE 2014

26 Januari 2014, Ahad. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satu pelancaran Program Mentor-mentee bagi tahun 2014.

Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh En Shahran Bin Yahya,Guru Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Program ini melibatkan semua guru serta murid Tahun 6 sahaja.. Unit Bimbingan dan kaunseling telah menyediakan sebuah fail kepada setiap mentor yang mengandungi modul untuk digunakan pada setiap kali perjumpaan.

Program ini merupakan salah satu pendekatan guru penyayang. Ianya akan diadakan pada setiap bulan iaitu sebanyak 10 kali. Jangka masa perjumpaan adalah antara 40-50 minit dan akan diadakan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran.

Antara objektif program ini ialah:

            1. Mewujudkan semangat kekeluargaan
            2. Mengamalkan budaya penyayang
            3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah.

Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera di kalangan murid.

PENDAFTARAN MURID PRA SEKOLAH DAN BAYARAN KELENGKAPAN SEKOLAH.

Pada hari Isnin jam  8.00 pagi, 30 Disember 2013 sesi Taklimat Pendaftaran Murid Prasekolah 2014 telah diadakan di dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Sesi taklimat ini diadakan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran murid-murid prasekolah yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...