Sunday 17 June 2012

SEPAGI BERSAMA MAJALAH KUNTUM DAN DUTCH LADY


Pada 18 Jun 2012, telah diadakan program Sepagi Bersama Majalah Kuntum dan Dutch Lady, bertempat di Dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 2. Program selama 1 jam ini melibatkan semua murid STAR 2. Antara acara yang dijalankan ialah sesi pengagihan naskah majalah Kuntum kepada semua murid, acara kuiz dan sesi bergambar bersama dengan maskot Kuntum yang didatangkan khas. Bagi acara kuiz, acara dikendalikan oleh staf daripada Kuntum, Pn. Zubaidah, manakala, hadiah kepada para pemenang disampaikan sendiri oleh maskot Kuntum.


PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 OLEH MRSM BATU PAHAT.

Program ini telah berlangsung pada cuti sekolah yang lalu iaitu pada 28 & 29 April 2012 bertempat di SK Temenggong Abdul Rahman 2. Program ini adalah anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara Baru Pahat. program ini juga telah memberi pendedahan kepada sistem pendidikan MARA dan  cara hidup di sekolah berasrama penuh. Program ini telah berjaya menarik minat murid tahun 6 untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah ke sekolah berasrama penuh. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada MRSM Batu Pahat atas penganjuran program yang memberi banyak manfaat kepada murid-murid tahun 6 SK Temenggong Abdul Rahman 2 untuk menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2012.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...