Monday 27 February 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 36 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011 telah diadakan pada  25 Februari 2011  bertempat di Dewan Seri Temenggong, SK Temenggong Abdul Rahman 2 dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai.



Sunday 26 February 2012

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah. Matlamat program Nilam ialah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid sekolah.
Oleh yang demikian, Pusat Sumber SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan majlis pelancaran Program Nilam peringkat sekolah pada 27 Februari 2012 yang lepas. Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Guru Besar Pn Norpisah bt Ibrahim. Taklimat Program disampaikan oleh Pn Noor Syafizah Bt Ahmad Nadzri Guru Perpustakaan dan media SK Temenggong Abdul Rahman 2. Antara aktiviti yang diadakan pada majlis  itu ialah Kuiz Nilam, penyampaian Sijil Nilam dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

SAMBUTAN MULIDUR RASUL 2012

Jumaat, 24 Februari 2012 telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433H anjuran Panitia Pendidikan Islam STAR 2. Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat sekolah baru-baru ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik di kalangan semua warga STAR2. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk menyegarkan dan menyuburkan semula perasaan cinta dan kasih terhadap Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta menambahkan  pengetahuan tentang sirah Junjungan Kekasih Allah s.w.t.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengisi program ini seperti perarakan oleh guru-guru dan pelajar, pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik, ceramah agama, persembahan nasyid, dan pameran berkaitan Nabi Muhammad S.A.W.



Syukran jazilan diucapkan kepada semua warga STAR 2 atas sumbangan dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini. Maa’ssalamah.Wa ilal liqa’.

Friday 10 February 2012

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA MURID TAHUN 6 2012

Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2012 ini dilaksanakan untuk meneruskan kesinambungan program tahun sebelumnya iaitu menjalinkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam usaha memantapkan persiapan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Melelui program ini ibu bapa dan pihak sekolah akan mencari kata sepakat dan bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu dalam semua aspek demi memastikan kejayaan cemerlang murid - murid dalam peperiksaan UPSR nanti. Program ini dijalankan pada 10 Februari 2012 di Dewan Seri Temenggong STAR 2.


Tuesday 7 February 2012

MAULIDUR RASUL 1433H (2012)

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
Sollu ‘ala Nabi…

Siapakah yang lebih layak diagungkan & dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w & Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.

Lagu : Wahai Kekasih – Nazrey Johani
Tema Maulidur Rasul 1433 H 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Wednesday 1 February 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...