Tuesday 23 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

24 OKTOBER 2012 – SK Temenggong Abdul Rahman 2  telah menganjurkan Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang bertemakan “Pembacaan Pemangkin 1Malaysia” bertempat di dewan Seri Temenggong. Perasmian ini telah dilancarkan oleh Puan Guru Besar Pn Norpisah Bt Ibrahim. Pelbagai program telah dirancang selama tiga hari sehingga majlis penutupan kelak.







LAWATAN MURID TAHUN ^ KE MAKTAB SULTAN ABU BAKAR DAN SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL

Pada 24 Oktober  2012, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan lawatan motivasi murid-murid Tahun 6 ke sekolah menengah berhampiran  iaitu Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Menengah Sultan Ismail.. Lawatan ini diiringi oleh 3 guru pengiring iaitu Pn  Chan Cheng Chin, En Fairus Zakaria dan En Adam Sahimin.. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah menerima kunjungan kami.








Tuesday 16 October 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012


Peperiksaan  akhir tahun 2012 telah bermula pada 16 Oktober 2012 dan berakhir pada 19 Oktober 2012,pihak sekolah  mengucapkan selamat maju jaya semoga murid kita yang sedang berjuang akan beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan nanti ini. Adalah diharapkan anak-anak didik kita ini akan mencapai kejayaan dan seterusnya menaikkan prestasi  sekolah  serta mengharumkan nama negeri Johor, khususnya.





Thursday 4 October 2012

KEJOHANAN HOKI 6 SEBELAH TERBUKA KLUANG 2012

Sebanyak 90 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan hoki enam  sebelah anjuran Persatuan Hoki Kluang  di padang hoki Sekolah Menengah Sains Johor Kluang selama tiga hari mulai Jumaat hingga Ahad, 21 hingga 23 September 2012 yang lalu.Kejohanan tersebut  terbahagi kepada empat kategori iaitu Bawah 10 (L), bawah 16 (L/P) dan terbuka jemputan. Pihak sekolah telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut di bawah bimbingan En Jagdev Singh dan En Adam, pasukan sekolah telah menduduki tempat ke -3 di dalam kumpulan dan hanya juara dan naib juara sahaja layak ke sukuk akhir. Semoga akan terus berjaya untuk pasukan hoki STAR 2..........


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...