Sunday 30 September 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU

SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah berjaya mengatur satu lawatan sambil belajar ke Terengganu Darul Iman selama 3 hari 2 malam iaitu pada 26 September hingga 28 September 2012. Lawatan ini telah disertai oleh seramai 34 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Antara destinasi lawatan ialah Masjid Kristal,Noor Arfa Batik, Muzium Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu dan Rantau Abang . Diharap agar lawatan ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan berguna kepada ahli murid secara amnya.

Thursday 20 September 2012

JAMUAN AIDILFITRI GURU DAN STAF 2012


Khamis , 20 September 2012  Kelab Guru dan Kakitangan STAR 2 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan sekolah. 
Majlis juga telah meraikan Cik Diviyalakhmie; Guru B.Inggeris yang  menyambut hari Jadi pada hari tersebut, semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu...
Terima kasih kepada semua para jemputan yang telah bersama-sama memeriahkan majlis kami ini.Panjang umur dan dimurahkan rezeki, InsyaAllah jumpa lagi di jamuan raya tahun depan...Amin.


Wednesday 19 September 2012

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN, JAMUAN RAYA & HARI KANAK-KANAK

Majlis 3 dalam 1 ini telah diadakan pada 19 September 2012 bertempat di Dewan Seri Temenggong, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2.

Majlis penutupan bulan kemerdekaan kali ke-55 peringkat sekolah telah disempurnkan oleh Pn Norpisah Bt Ibrahim, Guru Besar STAR 2. Majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi pelbagai aktiviti telah diadakan. Diharapkan melalui pelbagai program dan pertandingan yang dijalankan sepanjan bulan kemerdekaan ini dapat menyuntik semangat patriotik yang lebih mendalam lagi dikalangan warga STAR 2.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Semua warga STAR 2 bersama-sama meraikannya dalam suasana yang meriah. Majlis dimulakan dengan potong kek dan diikuti jamuan raya di kelas masing - masing. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan dari murid-murid STAR 2.
Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari yang sama. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan antaranya adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Selain itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Monday 17 September 2012

LAWATAN KE LEGOLAND

Baru-baru ini pada 14 September 2012  satu lawatan telah diadakan ke Legoland Malaysia di Nusajaya,Iskandar Malaysia. Seramai 60 murid telah dibawa untuk melihat persekitaran Legoland yang baru dibuka..menarik dan sungguh teruja murid-murid.

Thursday 13 September 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2012


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara.

 [Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025]

Sunday 9 September 2012

Majlis Mohon Restu UPSR 2012

Pada hari Isnin, 10 September berlangsungnya Majlis Mohon Restu bagi calon - calon peperiksaan UPSR ( Tahun 6) di Dataran Kejat STAR 2. Majlis Bermula jam 7.30 pagi dihadiri semua murid dan guru. Dimulakan dengan Ucapan Pengerusi Majlis, En Adam Sahimin  dan diikuti dengan ucapan nasihat dan kata - kata semangat daripada guru besar Pn Norpisah Bt Ibrahim. Majlis diakhiri dengan calon - calon bersalaman dan memohon restu daripada guru - guru. Semoga para calon UPSR beroleh kejayaan kelak , InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...