Thursday 26 July 2012

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2012


Acara Kemuncak Sukan Sekolah Rendah Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan pada Sabtu, 14 Julai  2012 bertempat di Stadium Tan Sri Hj Hasan Yunos Larkin dari jam 8:00 pagi - 12:00 tengah hari.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG Tuan Hj Mohd Amin.  

Juara Temasya Sukan 2012 adalah rumah kuning , diikuti rumah merah, biru dan hijau.  





Wednesday 11 July 2012

PERTANDINGAN TARIK TALI ANTARA RUMAH SUKAN


Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2telah mengadakan pertandingan tarik tali antara rumah-rumah sukan bersempena dengan Temasya Sukan 2012 yang bakal menjelang pada14 Julai nanti. Empat rumah sukan iaitu Rumah Merah, Biru, Hijau, dan Kuning telah bertanding secara liga di mana johan dan naib johan liga akan berentap  di perlawanan akhir.Tahniah kepada rumah sukan yang berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir. Tahniah juga kepada guru-guru rumah sukan dan murid-murid yang telah memberikan sokongan padu kepada rumah sukan masing-masing sepanjang pusingan liga pertandingan itu berlangsung.

Acara Padang dan Tarik Tali

Pada 4 dan 5 Julai  hari Rabu dan Khamis,sukan acara padang antara rumah sukan telah diadakan di padang SK Temenggong Abdul Rahman 2 .Acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru,, lompat jauh dan lompat tinggi.Acara ini terbuka kepada 3 kategori iaitu bawah 12 tahun,bawah 11 tahun dan 9 tahun lelaki .Murid-murid kelihatan bersungguh-sungguh dan bersemangat dengan menunjukkan pelbagai aksi untuk mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga demi mempertahankan kejohanan rumah sukan masing-masing.
Terima kasih kepada guru-guru yang  telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan juga dorongan kepada peserta-peserta sehingga dapat menjayakan sukan ini.
~MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

Senamrobik 1murid 1 sukan 1 malaysia

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Senamrobik ini adalah yang terbesar pernah dibuat dan turut dicatat dalam ‘Malaysia Book of Records’. Disertai lebih kurang 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara.

Sunday 8 July 2012

HARI TERBUKA DAN HARI KANTIN SEKOLAH

Kelab bilik guru dan staff  STAR2  telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum untuk tahun 2012. Antara objektif aktiviti Hari Kantin ini ialah : 

1. Mengaplikasikan kemahiran pendidikan islam dalam urusan jual beli khususnya adab-adab semasa berjual beli.
2. Mengaplikasikan kemahiran matematik dalam urusan jual beli khususnya dalam penggunaan wang.
3. Mengaplikasikan mata pelajaran kemahiran hidup khususnya dalam menjalankan urusan jual beli.
 Hari kantin ini disertai oleh guru-guru, PIBG, murid-murid  dan Kelab Bilik Guru sekolah.
Hari Kantin ini n diadakan pada:
Tarikh      : 4 Julai 2011 (Hari Sabtu)
Masa        : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat    : Dataran Kejat

Program Hari Kantin ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada kalangan ibu-bapa pelajar sendiri.

Monday 2 July 2012

PERKHEMAHAN TAHUN 6

Satu aktiviti Perkhemahan  untuk pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini telah dijalankan di Janbatan Laut Malaysia Wilayah Selatan bermula 29 Mac (jumaat) sehingga 1 Julai (Ahad). Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian program tersebut. Antaranya ialah ceramah untuk memahami jati diri,aktiviti air dan aktiviti perlayaran. Sepanjang aktiviti dijalankan, pelajar begitu ceria dan bersemangat dalam menjayakan aktiviti yang diarahkan oleh fasilatator yang terlibat. Penglibatan pelajar dan kerjasama yang begitu komited dikalangan guru yang terlibat telah menajadikan aktiviti ini berjalan dengan jayanya.Sesungguhnya komitmen seperti ini adalah kekuatan SKTemenggong Abdul Rahman 2  untuk mencapai apa yang dihasratkan agar proses kemenjadian insan/pelajar terlaksana dengan jayanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...