Thursday 24 May 2012

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH


 Cuti sekolah datang lagi, Warga SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2 mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar di seluruh Malaysia. Di sini ada sedikit pesanan dari warga STAR 2 kepada murid - murid sepanjang cuti persekolahan.
 1) Gunakanlah cuti ini untuk megeratkan hubungan bersama keluarga.
 2) Jangan terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit, jenayah dan sebagainya.
 3) Jaga kesihatan dan keselamatan diri, terutamanya yang selalu menaiki motosikal.
 4) Siapkan latihan cuti sekolah yang diberi.
Semoga kita berjumpa lagi selepas cuti dengan semangat belajar yang lebih tinggi.


SAMBUTAN HARI GURU 2012

Rabu,16 Mei 2012- Selamat Hari Guru...terima kasih cikgu....begitulah ungkapan yang selalu kedengaran setiap kali tiba hari guru setiap tahun.Pada tahun ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah berlangsung meriah sekali.Majlis dimulakan dengan Perhimpunan rasmi diikuti dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan diikuti dengan lagu tema hari guru "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".Kemeriahan sambutan diteruskan dengan acara padang iaitu sukaneka antara guru, perlawanan bola sepak antara murid dengan guru lelakI dan acara tarik tali. Acara dewan juga tidak kuang hebatnya.Guru-guru membuat persembahan di pentas untuk menghiburkan murid-murid. .Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di STAR 2...Anda semua adalah guru terhebat..Teruskan kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.Terima kasih cikgu.....



MERENTAS DESA 2012


Kejohanan Merentas Desa 2012 telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 15 Mei 2012.Para pelajar telah berlari sejauh lebih kurang 3km sekitar kawasan Bukit  Saujana.
Kejohanan ini telah dimulai dengan bacaan doa,sesi 'warm up' serta ucapan perasmian oleh puan guru besar Cik Norpisah Bt Ibrahim dan diikuti oleh taklimat ringkas daripada unit kukurikulum.Pada jam 8.45 pagi para peserta telah dilepaskan dengan jayanya oleh puan guru besar.
Rumah hijau telah mengungguli kejohanan merentas desa pada tahun ini diikuti oleh rumah merah, kuning dan biru .Kejohanan kali ini berlangsung agak meriah dan ceria dengan sorakan dari pelajar-pelajar rumah sukanKejohanan merentas desa ini telah berakhir jam 11.00 pagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...