Thursday 19 April 2012

PROGRAM MATEMATIK PANTAS KAEDAH QMATHS

Pihak sekolah telah mengadakan satu program seminar matematik pantas secara percuma di SK Temenggong Abdul Rahman 2 pada 20 April 2012. Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Matematik dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kaedah - kaedah alternatif yang lebih mudah dan menyeronokkan bagi menjawab soalan -soalan Matematik dengan lebih pantas dan tepat.

TEMUDUGA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Temuduga terbuka TLDM telah diadakan di SK Temenggong Abdul Rahman 2 pada 18 April 2012 yang lalu. Waktu pendaftaran telah dibuka mulai pada jam 08.30 pagi hingga 10.00 pagi,permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran.  Semua pemohon berpakaian pakaian sukan, baju ‘T’ berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstoking. Terima kasih jkepada pihak TLDM kerana telah menjadikan SK Temenggong Abdul Rahman 2 sebagai pusat pemilihan calon. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi.




LATIHAN RUMAH SUKAN

Latihan rumah sukan telah diadakan pada 17 April 2012 yang lalu,  bermula dengan rumah sukan Hijau dan Merah. Latihan rumah sukan ini diadakan pada setiap minggu secara bergilir-gilir.


Tuesday 17 April 2012

PLAY MORE LEARN MORE



MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL 1 SESI 2012/2013

 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG telah diadakan pada 10 April 2012 bertempat di rumah kediaman YDP PIBG . Banyak perkara dibincangkan terutamanya berkenaan pencapaian sekolah terutamanya pencalonan sekolah kluster. Terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang hadir.

Thursday 12 April 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DERAH JOHOR BAHRU 2012

Pada 09  April 2011 (Isnin) yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat  Daerah Johor Bahru Tahun 2011 di SK Taman Perling 3, Johor Bharu.  Pasukan Kawad kaki telah turut serta di dalam pertandingan tersebut. dengan menghantar 31 orang ahli. 
Tahniah diucapkan kepada pemenang. Yang kurang berjaya harap dapat mencuba lagi di tahun hadapan. Harapan semoga lebih banyak sekolah akan bersedia dan menghantar pasukan untuk bertanding pada tahun hadapan. Bersama kita memeriahkan pertandingan kawad kaki tahun hadapan.

Wednesday 4 April 2012

KARNIVAL BOLA SEPAK 2012

Bertempat di padang SK Temenggong Abdul Rahman 2 karnival bola sepak antara rumah sukan telah diadakan  pada 4 April 2012. Tujuan diadakan karnival ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda baharu sebagai pelapis kepada pasukan bola sepak sekolah .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...