CERAMAH CEGAH JENAYAH
Ceramah cegah salah laku jenayah yang
dianjurkan oleh Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan Kelab
Pencegahan Jenayah telah diadakan pada 20 Mac 2012 di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahmna 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh dua orang pegawai polis
dari Unit Perhubungan Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahrui. Adalah menjadi harapan semoga murid-murid STAr 2 dapat menjauhi
salah laku di masa akan datang.
CERAMAH ANTI DADAH
Unit bimbingan dan kaunseling STAR 2 telah
menjemput AADK Daerah Johor Bahru untuk mengadakan Ceramah Antidadah di
STAR 2 sempena minggu anti dadah sekolah . Semua murid telah menghadiri ceramah yang
disampaikan oleh Pegawai Antidadah.
Objektif ceramah ialah memberi pengajaran dan kesedaran kepada pelajar
mengenai keburukkan dan kesan yang diterima akibat terlibat dengan
dadah. Selain dari ceramah, AADK turut mengadakan
pameran antidadah kepada murid Pihak AADK berharap semua murid
memperoleh manfaat daripada ilmu yang disampaikan dan mampu membina
benteng diri yang kuat bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan
gejala dadah.
DEMONSTRASI ANJING PENGESAN
Pada 22 Mac 2012, telah berlangsung satu satu demonstrasi anjing pengesan oleh Unit Kastam
Diraja Malaysia(KDRM) di mana pihak KDRM telah membuat demo yang menarik tentang bagaimana
anjing- anjing pengesan boleh mengesan dadah yang diseludup melalui
berbagai-bagai cara. Anjing-anjing tersebut telah dilatih untuk mengesan di
mana kedudukan dadah tersebut.Kempen ini adalah penting kerana kita tidak mahu murid-murid kita
terjebak dengan najis dadah dan menjadi mangsa kepada penagihan nikotin
ini. Oleh itu...murid STAR 2, jauhilah
diri dari DADAH.......Please say "NO" to Drugs...KATAKAN ' TIDAK ' PADA
DADAH.....!!!!!!
KUIZ ANTI DADAH , MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
Kuiz anti dadah telah dijalankan pada hari Jumaat 23 Mac 2012 bagi murid tahun 1
hingga tahun 6. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur
tahap pengetahuan murid-murid tentang bahayanya najis dadah.
Pada masa yang sama juga pertandingan mewarna dan melukis poster sempena minggu Anti Dadah peringkat sekolah dijalankan. Penyertaan bagi
pertandingan mewarna adalah untuk murid Pra dan Tahap 1, manakala
melukis poster anti dadah disertai murid Tahap 2.Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya. Tahniah juga kepada unit AAD peringkat sekolah di atas kelancaran menyempurnakan program ini.