Thursday 22 March 2012

PROGRAM SEMPENA MINGGU ANTI DADAH 2012

CERAMAH CEGAH JENAYAH
Ceramah cegah salah laku jenayah yang dianjurkan oleh Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan Kelab Pencegahan Jenayah telah diadakan pada 20 Mac 2012 di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahmna 2. Ceramah ini telah disampaikan oleh dua orang pegawai polis dari Unit Perhubungan Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahrui. Adalah menjadi harapan semoga murid-murid STAr 2 dapat menjauhi salah laku di masa akan datang.

CERAMAH ANTI DADAH
Unit bimbingan dan kaunseling STAR 2 telah menjemput AADK Daerah Johor Bahru untuk mengadakan Ceramah Antidadah di STAR 2 sempena minggu anti dadah  sekolah . Semua murid telah menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Antidadah. Objektif ceramah ialah memberi pengajaran dan kesedaran kepada pelajar mengenai keburukkan dan kesan yang diterima akibat terlibat dengan dadah. Selain dari ceramah, AADK turut mengadakan  pameran antidadah kepada murid Pihak AADK berharap semua murid memperoleh manfaat daripada ilmu yang disampaikan dan mampu membina benteng diri yang kuat bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala dadah.
  DEMONSTRASI ANJING PENGESAN
Pada 22 Mac 2012, telah berlangsung satu satu demonstrasi anjing pengesan oleh Unit Kastam Diraja Malaysia(KDRM) di mana pihak KDRM telah membuat demo yang menarik tentang bagaimana anjing- anjing pengesan boleh mengesan dadah yang diseludup melalui berbagai-bagai cara. Anjing-anjing tersebut telah dilatih untuk mengesan di mana kedudukan dadah tersebut.Kempen ini adalah penting kerana kita tidak mahu murid-murid kita terjebak dengan najis dadah dan menjadi mangsa kepada penagihan nikotin ini.  Oleh itu...murid STAR 2, jauhilah diri dari DADAH.......Please say "NO" to Drugs...KATAKAN ' TIDAK ' PADA DADAH.....!!!!!!

KUIZ ANTI DADAH , MELUKIS  DAN MEWARNA POSTER 
Kuiz anti dadah telah dijalankan pada hari Jumaat 23 Mac 2012  bagi murid tahun 1 hingga tahun 6. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur tahap pengetahuan murid-murid tentang bahayanya najis dadah. Pada masa yang sama juga pertandingan mewarna dan melukis poster  sempena minggu Anti Dadah peringkat sekolah dijalankan. Penyertaan bagi pertandingan mewarna adalah untuk murid Pra dan Tahap 1, manakala melukis poster anti dadah disertai murid Tahap 2.Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya. Tahniah juga kepada unit AAD peringkat sekolah di atas kelancaran menyempurnakan program ini. 
 

Sunday 18 March 2012

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Temenggong Abdul Rahman  2 akan mengadakan minggu Anti Dadah pada 19 Mac hingga 23 Mac 2012. Minggu antidadah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling STAR 2 pada tahun ini. Tema untuk minggu Anti Dadah ialah “1 Malaysia Membanteras Dadah!” Menurut Guru Besar Pn Norpisah Ibrahim dalam ucapan perasmiannya, fenomena penagihan dadah semakin menular di kalangan remaja dan kerajaan dengan pelbagai usahanya membanteras gejala ini daripada menjadi serius. Di peringkat sekolah, kerajaan menjalankan usaha melalui PPDa ataupun Pendidikan Pencegahan Dadah untuk mengingatkan murid-murid tentang bahayanya dadah.
            Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan dalam Minggu antidadah ini iaitu termasuklah:
a.      Mendeklamasikan sajak anti dadah
b.      Melukis Poster
c.       Kuiz
d.      Ceramah anti dadah
Melalui pelancaran minggu anti dadah ini, sambutan hangat daripada murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan amatlah diharapkan. Malah, turut diharapkan mesej Minggu Antidadah dapat disampaikan kepada setiap murid.



SEMINAR TRANSFORMASI MINDA 2012

Pada 10  Mac 2012 (Sabtu), telah diadakan satu program yang melibatkan kerjasama daripada Iskandar Development Authority (IRDA) bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru STAR 2 iaitu Seminar Transformasi Minda. Program tersebut telah disertai oleh 32 orang guru dan staff bagi mendapatkan ilmu kepimpinan, dan juga 5 orang ibu bapa. Seminar kepimpinan ‘Transformasi Minda’ diadakan bertujuan untuk memberikan nilai-nilai kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin serta ciri-ciri kepimpinan yang mampu diterima oleh pimpinan seorang pemimpin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...