Wednesday 18 January 2012

BENGKEL PENGAWAS 2012

Satu Bengkel Pengawas sekolah telah diadakan pada  18 Januari yang lalu. Bengkel ini yang telah diadakan bermula pada pukul 7:30 pagi  hingga 10:30 pagi telah dihadiri oleh 24 orang pengawas sekolah. Bengkel ini merupakan fasa pertama kepada bengkel-bengkel yang seterusnya bagi meningkatkan kecekapan dan keperibadian pengawas.Di antara input bengkel pada hari ini adalah pengenalan kepada fungsi badan pengawas secara keseluruhan, tanggungjawab dan tugas seorang pengawas, pelaksanaan secara amali bagi tugas dokumentasi dan perekodan.Guru-guru yang mengendalikan sesi pada kali ini adalah En Adam Sahimin Guru Kaunseling sekolah.

Monday 16 January 2012

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KETUA KELAS 2012

Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas tahun 2012  diadakan bertujuan membentuk kumpulan pemimpin murid yang mampu menggerakkan organisasi ke tahap cemerlang. Selain itu, Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas tahun 2012 juga diadakan bertujuan :
  1. Membentuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pemimpin
  2. Boleh bekerja dalam kumpulan yang mampu menggerakkan organisasi
  3. Boleh berinteraksi dengan baik dengan warga STAR 2
Selaras dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk para pengawas iaitu Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas 2012 bertujuan mengiktiraf peranan pengawas sebagai salah satu struktur organisasi penting dalam sekolah. Majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas tahun 2012 telah berlangsung pada 16 Januari 2012 iaitu pada hari Isnin. 

 Ketua pengawas sekolah iaitu adik Daeng Abdul Rahman telah mengetuai pembacaan ikrar pengawas.

Monday 9 January 2012

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

Pelancaran Program Mentor Mentee peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Puan Guru Besar Cik Norpisah Bt Ibrahim di Dewan seri Temenggong STAR 2 pada 9 Januari 2012. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini merupakan program tahunan sekolah. Program Mentor-mentee merupakan salah satu program pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah negara ini. Kejayaan perlaksanaannya banyak bergantung kepada perancangan, pengurusan, pengawasan yang dibuat oleh Guru Besar, Jawatan kuasa Penyelaras dan guru-guru. Kefahaman yang jelas terhadap matlamat program ini juga penting bagi menentukan kelicinan perjalanan sistem mentor-mentee. Pengorbanan setiap guru bagi menjayakan program ini amatlah diperlukan kerana guru merupakan asset yang penting. Hasil daripada program ini diharap dapat memberi kesan yang amat positif terutama ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar. Di antara objektif program ini adalah mewujudkan perhubungan yang dipercayai dan disenangi oleh mentee untuk dijadikan saluran aliran perluahan perasaan. Program ini juga diharapkan  dapat memupuk budi perkerti dan akhlak yang lebih baik supaya mereka dapat menghadapi dalam persekolahan dan kehidupan yang lebih mencabar. Di samping itu, dengan adanya program ini juga membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik serta pembentukan keperibadian yang sempurna.Warga sekolah mengharapkan agar program ini dapat diadakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diinginkan.

Sunday 8 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

4 Januari 2012 merupakan hari pertama persekolahan untuk sesi 2012. Seperti kelazimannya, perhimpunan rasmi sekolah telah diadakan. Terpancar daripada wajah anak-anak yang kegembiraan kerana seronok memasuki alam persekolahan. Dengan itu, Program Transisi Tahun 1 juga telah dilancarkan. Sejurus selepas perhimpunan rasmi, murid-murid Tahun 2 hingga 6 meneruskan sesi P&P seperti biasa. Murid-murid Tahun 1 pula diberikan taklimat ringkas berkaitan disiplin dan peraturan sekolah oleh Guru Bimbingan, Encik Adam Bin Sahimin dan Guru Disiplin, En Jagdev. Semoga murid-murid baru akan terus bersemangat untuk datang ke sekolah dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Tuesday 3 January 2012

TAKLIMAT PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2012


Taklimat & pendaftaran pra sekolah 2012 telah diadakan pada 2 Januari 2012 di Dewan Seri Temenggong Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Terima kasih kepada semua yang terlibat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...