Thursday 8 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN 6


Jamuan akhir tahun atau majlis perpisahan murid-murid tahun 6 SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan dengan penuh meriah pada 9 November 2012 bertempat di  Kelas 1 Wira. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil murid tahun 6, ucapan wakil guru tahun 6, ucapan alu-aluan Guru Penolong Kanan 1 dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sebulan yang lalu (aktiviti selepas UPSR).

Dalam ucapan ringkasnya, Pn Rafiah Bt Abdullah(Guru Penolong Kanan 1) menasihatkan semua murid agar sentiasa belajar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sebuah kejayaan yang gemilang suatu hari nanti. Bila telah berada di atas jangan dilupakan tempat bermulanya murid-murid mengenal huruf dan abjad. Semua guru STAR 2 sentiasa mendoakan kejayaan semua murid dalam apa jua bidang yang diceburi. Di akhir ucapannya, beliau berharap semoga pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada hari Isnin 19 November, 2012 nanti memberi khabar yang mengembirakan semua murid. Insyallah.  

Pada akhir majlis semua guru dan murid tahun 6 sama-sama menikmati pelbagai juadah hidangan.








JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JAMUAN PERPISAHAN

Jamuan ini telah berlangsung di Hotel Grand Blue Wavw Johor Bahru sebagai acara tahunan sekolah dan juga sempena majlis perpisahan Pn.  Zulfa Alhana dan Pn Zati Aqilah. Beberapa hadiah dan cenderahati dari pihak sekolah  telah disampaikan kepada yang diraikan yang telah berpindah . Majlis ini juga adalah bertujuan meraikan semua guru yang telah banyak memberi sumbangan sepanjang tahun 2012 ini.

Terima kasih kepada semua AJK majlis jamuan dan Kelab Kebajikan Guru yang telah bertungkus lumus merancang dan menguruskan supaya majlis ini berjalan dengan lancar. terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.. Semoga berjumpa lagi di tahun 2013... 
 





 

Tuesday 6 November 2012

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh
mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

TAKLIMAT TAHUN 1

Tarikh: 6 November  2012
 Masa: 8:00 pagi
Tempat: Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahman 2

Salah satu atur cara dalam Program Transisi Tahun 1 ialah taklimat kepada ibu bapa murid tentang perjalanan pelajaran dan aktiviti murid di sekolah. Ibu bapa murid telah diberi taklimat tentang subjek-subjek yang akan dipelajari oleh anak mereka dan juga dasar-dasar kerajaan yang terlibat (LINUS dan KSSR). Taklimat disampaikan oleh FasiLINUS dari Pejabat Daerah Johor Bahru iaitu Pn Haniah Bt Bachok





Sunday 4 November 2012

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM

Mesyuarat Agung Kokurikulum tahun 2012 bagi semua unit beruniform, kelab/persatuan  dan sukan/permainan telah diadakan pada 5 November 2012 . Program ini merupakan program tahunan dan kebiasaannya dilaksanakan sebelum tamat persekolahan . Program tersebut berjalan dengan lancar. Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kokurikulum dan dikehendaki membawa buku penilaian kokurikulum setiap kali perjumpaan. Majulah sukan untuk negara.










HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MAJLIS GRADUSI MURID TAHUN 6

Jumaat, 2 November 2012-Majlis Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SK Temenggong Abdul Rahman 2  2012 berlangsung dengan jayanya di Dewan  Seri Temenggong .Majlis ini diadakan bertujuan menghargai kejayaan murid-murid STAR 2  daripada prasekolah hingga tahun 6 sepanjang tahun ini, majlis yang bermula jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Pn Rafiah Bt Abdullah.

Seramai  80 orang murid telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum dihargai pada majlis ini.Majlis dimulai dengan graduasi prasekolah, hadiah kecemerlangan akademik semua murid serta graduasi murid tahun 6 dan diakhiri dengan penganugerahan Tokoh Murid 2012.
Majlis ini juga menawarkan anugerah khas untuk murid-murid tahun 6.Antara anugerahnya ialah Anugerah Cemerlang KoKurikulum mengikut unit  iaitu Unit Beruniform oleh Hariz Izhar Bin Azizul Isma, Olahraga oleh Mohd Afiq Bin Mohd Amin, permainan oleh Mohd Zarif Nazmi Bin Zakaria dan persatuan oleh Azrul Haiqal Bin Abu Zahrin.Manakala Anugerah Harapan Cemerlang KoKurikulum disandang oleh Muhammad Amirul Haziq Bin Zainul Abidin. Adik Aiman Nazrin Bin Md Razin pula mendapat  Anugerah Sahsiah Terbaik Bagi Anugerah Tokoh Murid disandang oleh Daeng Abdul Rahman Bin Abdul Aziz dan Anugerah Tokoh Murid Harapan disandang oleh Yugenraj A/L Vijayan.

Tahniah kepada semua murid yang berjaya.Semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Penghargaan yang tidak terhitung kepada semua guru,guru , AJK PIBG, staf, murid serta semua warga STAR 2 atas kerjasama bagi menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.Terima kasih semua.


PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5

SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah mengadakan Program  Motivasi khas untuk murid Tahun 5 sebagai persediaan kepada mereka sebelum menjejak kaki ke Tahun 6 pada tahun hadapan. Program motivasi ini  diadakan pada 30 Oktober 2012 . Pelbagai aturcara telah diadakan bagi mengisi program motivasi tersebut, program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Ahadan Coach.
     Warga STAR 2 berharap program motivasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 5 dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang sebenar pada tahun hadapan.

















Tuesday 23 October 2012

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

24 OKTOBER 2012 – SK Temenggong Abdul Rahman 2  telah menganjurkan Pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) yang bertemakan “Pembacaan Pemangkin 1Malaysia” bertempat di dewan Seri Temenggong. Perasmian ini telah dilancarkan oleh Puan Guru Besar Pn Norpisah Bt Ibrahim. Pelbagai program telah dirancang selama tiga hari sehingga majlis penutupan kelak.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...