Thursday 17 November 2011

HARI TERBUKA SEKOLAH, PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2011 DAN PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012 RM 100

Pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka Sekolah untuk menyampaikan keputusan akhir tahun PKBS 2 pada 17 November 2011 yang lalu. Selain daripada itu juga , pada masa yang sama juga keputusan peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 diumumkan. Pada tahun ini eramai 57 orang murid telah menduduki pepeiksaan UPSR dan seramai 6 orang murid mendapat 5 A dan 12 orang murid mendapat 4A 1 B..... Tahniah kepada yang berjaya dan yang kurang berkjaya jangan cepat berputus asa.
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri kewangan dalam ucapan Bajet 2011 pada 7 Oktober 2011, bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100.00 diberikan kepada semua murid di sekolah rendah dan menengah dari tahun satu (1) hingga tingkatan lima (5) bagi meringankan beban kewangan ibu bapa / penjaga pada awal sesi persekolahan secara one off untuk tahun 2012. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengagihkan wang bantuan khas persekolahan sebanyak RM 100 bagi setiap murid kapada ibu bapa murid sebdiri semasa penyerahan keputusan peperiksaan akhir tahun (PKBS 2). Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. 



Wednesday 16 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN 6

Pelajar Tahun 6 STAR 2  telah mengadakan satu Majlis Jamuan Akhir Tahun 2011 pada hari 14 November bertempat di Dewan Seri Temenggong STAR 2.  Majlis ini diadakan sempena tahun akhir mereka berada di STAR 2. Kami guru-guru STAR 2 terutama yang mengajar Tahun 6  mendoakan kejayaan buat kalian semua, insyaAllah.  Terima kasih di atas jemputan!

Monday 14 November 2011

TAKLIMAT IBU BAPA MURID TAHUN 1 SESI 2012

Pada hari Selasa 15 Nov yang lalu pihak sekolah telah menjalankan sesi taklimat murid Tahun 1 2012. Semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berada di Prasekolah SKTU2 yang akan melangkah ke tahun 1 tahun hadapan terlibat. Terdapat juga ibu bapa dari kalangan anak-anak yang bersekolah di KEMAS,PASTI dan pelbagai tadika swasta. Pihak pentadbir telah menyampaikan taklimat kepada ibu bapa sementara anak-anak mereka pula menjalani ujian penentuan kelas tahun 1 . Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan nampak gaya anak-anak prasekolah lebih berkeyakinan menjawab ujian tersebut :)


MOTIVASI TAHUN 4 DAN TAHUN 5

Kursus motivasi Tahun 4 dan Tahun 5 telah diadakan di Dewan Sri Temenggong pada 10 November 2011 yang lalu yang terdiri dari 80  orang murid. Kursus motivasi  ini adalah merupakan program tahunan yang dirancang oleh Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan pihak Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tahun 4 dan 5 di sekolah tentang kemahiran-kemahiran belajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik disamping memberi motivasi kepada pelajar dalam menghadapi tahap pembelajaran dengan lebih sistematik.

Wednesday 9 November 2011

PROGRAM BERSAMA MAYBANK


Program bersama Maybank ini telah pun dijalankan pada 9 November 2011 bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid menyimpan dan menabung untuk kegunaan pada masa akan datang. Dengan serendah RM 10 murid-murid boleh membuka akaun Maybank bersama ibu bapa masing-masing.

AKTIVITA PASCA UPSR-PANITIA BAHASA INGGERIS

“ PROGRAM SELEPAS UPSR 2011” diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap berketerampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin dan negara. Dengan itu. pihak Panitia Bahasa Inggeris telah menjalankan aktivitinya yang tersendiri iaitu "Spell Its Right Competition" dan "Scrable Competition".



Wednesday 2 November 2011

PROGRAM READ 2011: ONE NATION READING TOGETHER SEMPENA PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Program Read 2011 : One Nation Reading Together Sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dijalankan dengan jayanya oleh pihak sekolah bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2 pada 2 November 2011. Program ini bertujuan untuk membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program READ 2011 merupakan salah satu aktiviti bacaan yang dengan tema "Pembacaan Pemangkin 1 Malaysia " selama 2011 saat (33.5 minit).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...