Sunday 26 June 2011

Aktiviti Panitia Kajian Tempatan Zon Bandar Daerah Johor Bahru





Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah menjadi tuan rumah di dalam aktiviti KajianTempatan Zon Bandar pada 21 Jun 2011. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialan melukis poster dan membuat buku skrap. pihak sekolah telah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Buku Skrap Kategori Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 manakala bagi melukis poster mendapat tempat ke 3 dalam ketegori Tahun 4. Tahniah kepada semua para pemenang



PEMANTAUAN DARI PKG TASEK UTARA

Pada 22 hb Jun  2011, pihak sekolah telah menerima lawatan dari pihak PKG Tasek Utara bertujuan untuk memantau berkaitan dengan IQ PSS dan ICT. Pemantauan ini telah dibuat oleh En Mohd  Azamy Bin Yassin., terima kasih kepada yang turut membantu dalam menyiapkan segala laporan-laporan yang dikehendaki.

Tuesday 14 June 2011

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM MURID TAHUN 6

Pada 26 hingga 27 Mei yang lalu, bertempat di padang sekolah STAR 2 telah diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2011. Program yang dikelolakan oleh Unit Ko-kurikulum telah dijayakan oleh murid-murid Tahun 6.Pelbagai aktiviti telah diatur bersempena dengan program ini. Selesai solat Jumaat, murid-murid telah bertungkus lumus memasang khemah dan membina gajet. Kreativiti murid-murid terserlah apabila pelbagai bentuk gajet telah dihasilkan. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuklah Sesi Pengisian Kerohanian, Taklimat Perkhemahan dan Ice Breaking. 

Pada hari kedua, lebih banyak aktiviti menarik dijalankan termasuklah Kemahiran Ikatan & Simpulan, Asas Pertolongan Cemas, Kawad Perbarisan, Pertandingan Ikatan dan Memasak. Murid-murid kelihatan sangat gembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Acara penyampaian hadiah dilangsungkan dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan olehPn Hjh Aishah Bt Mahmood  selaku Guru Besar STAR 2.
Diharapkan murid-murid dapat menunjukkan bakat dan kebolehan dalam bidang ko-kurikulum dan memupuk sikap berdikari dan bekerjasama di dalam satu pasukan. 
 Perkhemahan tersebut memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru dan ahli-ahli jawatankuasa yang hadir menghulurkan bantuan, khususnya dari segi pengawasan program , penyediaan makanan sepanjang perkhemahan ,yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang perkhemahan berlangsung untuk memastikan agar pengisian program yang diterima oleh murid - murid berjalan dengan penuh bermakna. Semoga kerjasama dan semangat muhibbah yang ditunjukkan semasa perkhemahan kali ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.Terima kasih kepada PK Kokorikulum, Kem Komandan, Guru-guru dalam setiap unit dan kakitangan yang telah menjayakan perkhemahan kali ini.


MAJLIS PERSARAAN HJH ZAINI DAN PERPISAHAN NURUL NISHAK

Satu Majlis Persaraan yang ringkas telah berlangsung pada hari Jumaat jam 11.00 pagi. Pn Hjh Zaini binti Hj Ahmad telah bersara pada setelah berkhidmat selama lebih kurang 30 tahun dalam perkhidmatan awam sebagai guru.Majlis ini telah diadakan pada hari terakhir persekolah sebelum cuti sekolah. Majlis Persaraan Cikgu Hjh Zaini pada awalnya agak emosi & syahdu…tp ye la…Cikgu Hjh Zaini dikategorikan sebagai orang yang sangat baik dan tegas …maka, hilangnya dia dr STAR 2 ini cukup terasa pada semua org…sebab tu sungguh banyak hadiah yang Cikgu Hjh Zaini dapat…macam2…so…buat Cikgu yg baik hati…minta maaf kalau ada yg tak kena …Selamat Bersara & moga dikurniakan kesihatan yg baik… Majlis diakhiri dengan bersalaman beramai-ramai dengan murid STAR2.

 Bagi mengenang  guru STAR 2 yang telah berpindah untuk bertugas di sekolah lain, pihak sekolah dengan kerjasama KEBIRU  telah mengadakan satu majlis perpisahan yang diadakan di dewan besar sekolah pada hari Jumaat.Guru yang berpindah ialah Pn Nurul Nishak yang akan berpindah ke sekolah yang baru mengikut suami tercinta.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui. Namun begitu, perjuangan hidup harus diteruskan. Walau jauh dari pandangan mata, akan tetapi nama guru-guru tetap terpahat dalam hati dan minda warga STAR 2.Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, staf sokongan dan pelajar kerana menjayakan majlis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...