Wednesday 21 September 2011

ACARA SUKANEKA

Acara sukaneka untuk murid Pra-sekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 telah dijalankan pada 22 September 2011. Setiap tahun akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan diwakili lebih kurang 4-6 murid. Pelbagai acara sukaneka telah dipertandingkan antaranya ialah membawa pundi kacang, membawa bola kecil di bawah kelengkang, membawa gelong rotan dan banyak lagi.



PROGRAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Program ini telah pun dijalankan dengan lancar dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia  Bahasa Melayu.Dasar MBMMBI iaitu “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula pada tahun 2011 bagi menggantikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Memartabatkan Bahasa Inggeris bermaksud strategi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Malaysia.


ACARA PADANG

Acara sebelum sukan tahunan sekolah telah diadakan pada 21 September 2011 pada hari Rabu di Padang Sekolah. Terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi.
Penuh semangat kesukanan.... itulah ungkapan yang selayaknya terpacul dari mulut seluruh warga Sekolah Temenggong Abdul Rahman 2  ketika berlangsungnya acara akhir menjelang Sukan Tahunan yang akan berlangsung pada 24  September 2011. Acara sebelum sukan berlangsung dalam suasana yang penuh harmoni disemai dengan semangan kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta, penyokong dan guru rumah sukan. Setakat hari terakhir acara sebelum sukan ini, Rumah  merah gah mendahului rumah sukan yang lain.

Tuesday 20 September 2011

PROGRAM TABUNGAN SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2

Unit Hal Ehwal Murid, SK Temenggong Abdul Rahman 2 dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan Program Tabungan pada 20 September 2011 ( Selasa) bertempat di Dewan Seri Temenggong SK Temenggong Abdul Rahman 2.Program tersebut bertujuan untuk memberi kesedaran di samping memupuk minat suka menabung di kalangan murid-murid sekolah STAR 2.Pihak Bank Simpanan Nasional telah  memberikan ceramah berkaitan kepentingan menabung dan satu kaunter khas untuk perkhidmatan pembukaan akaun Bank Simpanan Nasional juga disediakan.

Monday 19 September 2011

LATIHAN SENAMROBIK SEMPENA SUKAN SEKOLAH

Latihan ini telah dibimbing oleh Guru Praktikal iaitu Cikgu Ahmad Fadhli dan Cikgu Dzul.....


Sunday 18 September 2011

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN KE -54

Majlis ini telah diadakan pada 19 September 2011 bertempat di Dataran Kejat STAR 2. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah seterusnya majlis ini diteruskan dengan  deklamasi Puisi Merdeka yang telah telah di sampaikan oleh Cikgu Fairus yang bertajuk Sumpah Anak Merdeka. Bagi persembahan pelajar pula ianya telah dipersembahkan dari kelas 3 Wira yang berbentuk nyanyian lagu patriotik yang bertajuk Kerana Mu Malaysia dan Tanggal 31. Majlis ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pn Zalihar Bt Udin GPK Koko dan penyampaian hadiah.
Antara objektif majlis ini diadakan adalah :
1. Untuk menyemai rasa cinta terhadap negara dan bersemangat patriotik.
2. Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kemerdekaan.
3. Menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang menuntut kemerdekaan,
4. Menanamkan semangat patriotik dalam diri setiap murid-murid melalui aktiviti-aktiviti di sepanjang program bulan kemerdekaan.

Wednesday 14 September 2011

LAWATAN KE NUSAJAYA


MAJLIS MOHON RESTU MURID TAHUN 6

Majlis Mohon Restu ini telah dijalankan pada 12 September 2011 sempena dengan peperiksaan UPSR pada 13 hingga 15 September 2011 ini. Majlis ini bermula pada jam 7.20 pagi di Dataran Kejat sekolah . Aturcara majlis ini dimulakan dengan ucapan dari guru penyelaras program iaitu Adam Bin Sahimin. Majlis ini diteruskan dengan ucapan guru besar sekolah STAR 2 iaitu Puan Hajah Aishah Bt Mahmood. Antara ucapan guru besar adalah seperti berikut:
  • Hidupkan Suasana-Ibu-bapa ,guru-guru dan murid-murid hendaklah sama-sama menghidupkan suasana bersedia menghadapi peperiksaan.
  • Tekanan-Walaupun UPSR penting,tetapi ibu-bapa dan guru-guru tidak seharusnya memberi tekanan yang berlebihan kepada anak-anak kerana ini akan mempengaruhi cara pemikiran dan menimbulkan tekanan jiwa pada masa akan datang.
  • Ibu-bapa-Peranan ibu-bapa adalah memastikan kehidupan anak-anak mereka lebih baik pada masa akan datang dan membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang.
  • Perangsang-Peransang adalah penting untuk mendidik anak-anak dan mendorong mereka mencapai kejayaan yang gemilang.
  • Proses Peperiksaan-Proses peperiksaan adalah proses biasa dalam pendidikan.Oleh itu ibu-bapa harus memberi sentuhan dan penenang kepada anak-anak.Jangan biarkan anak-anak menghadapi beban peperiksaan sendiri.Tanya dan ambil cakna masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
  • Jangan Kecewa – Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, jangan kecewa dengan keputusan yang diperolehi oleh anak-anak.UPSR hanyalah Ujian pertama yang perlu ditempoh dalam proses pendidikan yang masih panjang.
  • Harapan-Semoga semua murid mendapat pendidikan yang terbaik dan mencapai kejayaan yang bermakna dalam hidup mereka.
Majlis diakhiri dengan semua murid tahun 6, guru, berbaris dan memulakan majlis mohon restu dan pemberian kata-kata semangat daripada guru kepada murid-murid tahun 6.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...