Wednesday 24 August 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI

Majlis khatam Al-Quran dan  Penyampaian Sumbangan Aidilfitri ini telah diadakan pada 22 Ogos 2011 (Isnin) di Dewan Sri Temenggong. Majlis ini saban tahun diadakan sempena bulan Ramadhan. Tujuan utama majlis ini adalah untuk menggalakkan murid-murid mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan bacaan Al Quran di samping memberikan sumbangan untuk murid-murid yang memerlukan bagi memberi peluang mereka menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Majlis Khatam ini bermula pada pukul 8.00 pagi, peserta khatam terdiri daripada murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Di dalam majlis ini juga, sumbangan Aidilfitri untuk anak-anak yatim dan murid-murid yang kurang berkemampuan telah disampaikan oleh Pn Hjh Aishah Bt Mahmood. Majlis ini diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai nasyid I'tiraf.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma sama ada dari  ibu bapa, individu-individu dan guru-guru. Semoga sumbangan yang diberikan oleh pihak berkenaan akan dapat meringankan sedikit tanggungan bagi ibu bapa murid-murid ini dalam menyediakan keperluan mereka untuk menyambut Hari Raya pada tahun ini.


Sunday 14 August 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 54 peringkat Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 telah diadakan pada Isnin 15 Ogos 2011. Dengan tema pada tahun ini iaitu Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera,
majlis pelancaran ini telah dilakukan oleh Pn Rafiah Abdullah selaku Guru Penolong Kanan 1 dan dilakukan dengan jayanya.Program tahunan ini bertujuan memberi kesedaran kepada warga STAR 2 tentang erti kemerdekaan disamping sebagai simbol kesyukuran atas kemerdekaan negara. Pelbagai acara telah disusun, antaranya ialah pertandingan kelas merdeka, , kuiz kemerdekaan, pertandingan tulisan cantik, pertandingan  mewarna dan banyak lagi.

Tuesday 9 August 2011

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ASIAH

Sesi persekolahan 2011 telah melabuhkan tirainya. Yang patah pasti akan tumbuh , yang hilang pasti berganti , itulah lumrah setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Acara perpisahan bagi salah seorang guru SK Temenggong Abdul Rahman 2 yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gua Musang Kelantan, telah diadakan di Dewan Sri Temenggong STAR 2 iaitu Pada Hari Jumaat bersamaan dengan 5 Ogos 2011. Guru tersebut ialah Cikgu Siti Asiah yang telah berkhidmat selama lebih kurang 5 tahun di sekolah STAR 2 ini.  Warga STAR 2 ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini. Semoga dengan pertukaran ini akan meningkatkan lagi khidmat mendidik anak bangsa.
... Selamat Bertukar ...

Wednesday 3 August 2011

Lawatan Ke Kota Tinggi

Pada 20 Julai 2011, ahli rombongan Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2 ke Kota Tinggi. Seramai 40 orang murid menyertai rombongan itu dan 4  orang guru pengiring untuk membimbing mereka ketika berada di sana. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan murid -  murid. Semua murid dikehendaki berkumpul untuk mendengar taklimat sebelum menaiki bas dan bertolak ke Kota Tinggi. Semua murid beratur untuk menaiki bas. Masa mengambil selama satu jam untuk sampai ke lokasi. Setelah satu jam, semua orang yang menaiki bas itu tiba ke destinasi. Apabila sampai di Kota Tinggi, guru-guru membuat beberapa kumpulan dan mengikut guru masing-masing untuk destinasi pertama iaitu Sekolah Sukan Tengku Mahkota Johor atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Sukan Bandar Penawar.Di sini banyak tempat-tempat yang kami kunjungi antaranya gimnesium, kolam renang, bilik mesyuarat dan banyak lagi. Murid-murid juga mengetahui bagaimana murid-murid di sekolah sukan ini belajar dan menjalani latihan. Seterusnya murid -murid di bawa ke Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi dan di bawa melawat beberapa tempat seperti asrama, makmal, bengkel dan bilik mesyuarat. Aktiviti di Sekolah Sains ini semuanya diatur oleh pelajar-pelajar sekolah sains itu sendiri. Destinasi yang terakhir adalah Taman Buaya Telok Sengat, di sini murid-murid dapat melihat pelbagai jenis buaya dan pelbagai peringkat umur.    
     Mereka semua berasa sangat seronok kerana dapat melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di Kota Tinggi. Mereka semua berharap agar lawatan begini diadakan lagi pada tahun hadapan ti tempat lain, kerana lawatan begini banyak faedahnya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...