Thursday 28 July 2011

Ceramah Menjelang Ramadhan

Ceramah menjelang ramadhan 2011 berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Temenggong STAR 2 dan  disampaikan oleh Ustaz Anuar Musyaddad Bin Lokman. Program in dianjurkan di bawah Panitia Pendidikan Islam. 
Antara objektif program ini dilaksanakan ialah : 
1. Membentuk ukhwah islamiah yang berlandaskan ukhwah yang kukuh.
2. Memujudkan remaja yang sentiasa mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi
3. Menghayati bulan ramadhan yang mempunyai kerahmatan serta memahami fadhilat- fadhilatnya.
4. Memupuk semangat kerjasama


Latihan Dalam Perkhidmatan

Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 27 Julai 2011 bertempat di bilik mesyuarat. Objektif utama program latihan dalam perkhidmatan adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran guru  di dalam berbagai bidang dan deskripsi kerja. Terdapat 3 Latihan yang dijalankan iaitu :

1. Bengkel Membuat Blog yang disampaikan oleh Penyelaras Bestari Sekolah En Anuar Bin Bejo.
2. Teknik Menulis Kajian Tindakan disampaikan oleh Pn Zulfa Alhana Binti Asmain.
3. Book review yang disampaikan oleh penolong-penolong kanan iaitu:
  • Mengajar Secara Efektif oleh Pn Rafiah Abdullah -GPK 1
  • Teknik Mendorong Pelajar Belajar (Tanpa Membunuh Semangat Mereka) oleh Pn Azua'a Bt Rofik - GPK HEM
  • Sekolah Idaman Ku oleh Pn Zalihar Bt Udin - GPK KoKurikulum

Monday 25 July 2011

Majlis Mohon Restu Murid Tahun 6

Majlis Mohon Restu untuk Tahun 6 telah diadakan pada 26 Julai ( Selasa) di Dewan Sri Temenggong  SK Temenggong Abdul Rahman 2. Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha agar murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan Percubaan UPSR akan berasa tenang dan mengetahui bahawa pihak sekolah dan semua guru memberi sokongan untuk berjaya.Di akhir majlis, semua murid Tahun 6 bersalaman memohon restu dengan semua guru STAR 2

Majlis Persaraan Cikgu Veronica

Majlis meraikan persaraan Cik Veronica salah seorang guru SK Temenggong Abdul Rahman 2 telah pun diadakan pada hari Khamis, 21 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Temengggong STAR 2.Upacara Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar dan persembahan multimedia. Seterusnya majlis ini diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada guru besar, guru penolong kanan, kelab bilik guru dan  wakil-wakil kelas.

Latar Belakang 

Beliau Cik Veronica Chan Yuet Meng telah dilahirkan pada 22 Julai 1955. Kesukaran hidup tidak pernah membuatkan Cikgu Ron berputus asa dalam mencari ilmu. Disebalik kesukaran hidup pasti ada kegembiraan. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK /SMK IJ Convent , Johor Bahru bermula pada tahun 1962 - 1972. Beliau mendapat pendidikan guru di Maktab Perguruan Melayu Melaka dan telah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 38 tahun sejak tahun 1974. Beliau amat suka menari dan bermain tenis di masa lapang.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Wednesday 20 July 2011

Solat Hajat UPSR 2011 Siri 3

Pada 20 Julai 2011, bertempat di Dewan Sri Temenggong Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2. Satu majlis solat hajat telah diadakan untuk pelajar - pelajar tahun 6. Seramai 58 orang pelajar telah hadir bersama ibu bapa mereka bagi menjayakan majlis solat hajat ini. Majlis ini bermula seawal jam 7.00 petang bagi sesi pendaftaran dan berakhir jam 10.00 malam. Majlis dimulai dengan solat Maghrib dan bacaan Yasin yang di ketuai oleh Ustaz  Nur Ahdat B Mohamed daripada Sekolah Rendah Agama Bersepadu Tebrau. Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Ahdat bagi menaikkan semangat dan azam pelajar-pelajar Tahun 6 dalam menghadapi UPSR yang bakal menjelang tiba, setelah itu solat Isya'dan solat hajat dilaksanakan secara berjemaah. Di harapkan majlis sebegini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang.




















Monday 4 July 2011

SEMINAR Q-MATHS


 Ceramah ini telah dijalankan pada Isnin 4 Julai 2011 bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2,
ianya disampaikan oleh Profesor Dr Mohd Zamri Bin Mohd Salim dan semua murid STAR 2 telah terlibat di dalam seminat Q-Maths ini. Bahan seminar ini adalah dibina dari kajian dan buku yang dikeluarkan oleh MyTm Dot Biz bertajuk “Qmaths: Mathematical Methods for Speed and Accuracy for Malaysian Schools”. Qmaths adalah salah satu produk innovatif MyTm yang dibina untuk membantu pelajar dalam  pembelajaran matematik. Sistem ini boleh:
1. Meningkatkan kefahaman pelajar
2. Menambahkan minat pelajar
3. Menambahkan kebolehan pelajar
4. Mengurangkan kesilapan mudah
5. Memberi alternatif kepada pelajar


1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

 Pada 2 Julai yang lepas pihak sekolah telah menyertai larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang mana ianya dijalankan serentak seluruh Malaysia. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.



Friday 1 July 2011

HARI TERBUKA DAN HARI KANTIN SEKOLAH



Unit Kokurikulum STAR2 sekali lagi telah menganjurkan Hari Kantin bagi memenuhi perancangan aktiviti kokurikulum untuk tahun 2011. Antara objektif aktiviti Hari Kantin ini ialah : 

1. Mengaplikasikan kemahiran pendidikan islam dalam urusan jual beli khususnya adab-adab semasa berjual beli.
2. Mengaplikasikan kemahiran matematik dalam urusan jual beli khususnya dalam penggunaan wang.
3. Mengaplikasikan mata pelajaran kemahiran hidup khususnya dalam menjalankan urusan jual beli.
 Hari kantin ini disertai oleh guru-guru, PIBG, murid-murid  dan Kelab Bilik Guru sekolah.
Hari Kantin ini n diadakan pada:
Tarikh      : 26 Julai 2011 (Hari Sabtu)
Masa        : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat    : Dataran Kejat

Program Hari Kantin ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama daripada kalangan ibu-bapa pelajar sendiri.
Hari terbuka pada tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2011. Hari Terbuka ini telah membuka peluang kepada para ibu bapa berjumpa dengan guru-guru kelas untuk mengetahui prestasi akademik anak-anak mereka dan keputusan Peperiksaan Setengah Tahun. Hari terbuka ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa pastinya dapat dieratkan lagi untuk kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan juga sahsiah murid-murid.
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...