Monday 30 May 2011

MAJLIS PELANCARAN SEMARAK MAHKOTA PENDIDIKAN DAN KARNIVAL ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR 2011

Majlis pelancaran ini telah diadakan di SMK Taman Nusa Jaya. Pihak sekolah telah menghantar wakil murid dan guru dalam majlis tersebut. Majlis ini berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan murid-murud begitu teruja sekalidengan pameran yang diadakan.

Wednesday 18 May 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2011

Dengan tema " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" majlis sambutan hari guru ini telah disambut dengan gilang gemilang di Dewan Sri Temenggong STAR 2. Majlis ini di mulakan dengan perarakan guru-guru dan paluan kompang oleh murid-murid STAR 2. Majlis sambutan ini diceriakan lagi dengan kehadiran bekas guru besar iaitu Encik Abdul Razak bin Muhammad..
Sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Musyaddad, selepas itu majlis ini diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia.Selepas itu, semua guru-guru membaca ikrar bersama-sama dengan diketuai oleh En Adam Salimin dan seterusnya menyanyikan lagu Tema Hari Guru dan Lagu Guru Malaysia. Bagi ucapan wakil murid ianya disampaikan oleh Ketua Pengawas STAR 2 iaitu Adik Aqeem Suffian dan seterusnya ucapan YDP PIBG dan ucapan Puan Guru Besar. Acara yang di nantikan ialah acara memotong kek sempena sambutan hari guru dan juga sambutan hari jadi guru besar, ianya disempurnakan oleh Puan Gurru Besar dan diiringi semua barisan penolong kanan.Seperti tidak sempurna jika tiada acara luar dewan, acara ini disertai oleh semua guru-guru yang dibahagikan mengikut rumah sukan masing-masing. Sukaneka ini dimenangi oleh rumah kuning dan diikuti oleh rumah biru, hijau dan merah. Seterusnya sambutan ini disambung di dalam dewan pula yang mana ianya dimulakan oleh persembahan video yang disediakan oleh unit ICT, majlis sambutan ini diteruskan dengan persembahan dari murid dan guru.............
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negara ku.........
Terima Kasih Cikgu.........




Sunday 15 May 2011

SOLAT HAJAT

Program ini telah diadakan pada Rabu malam Khamis (11 Mei 2011) bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2 untuk murid-murid Tahun 6. Majlis Solat hajat ini dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Hamid dari SK Taman Universiti 1.Program ini bertujuan untuk:
  1. Mengakui kelemahan diri serta memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT
  2. Melatih diri sentiasa berharap kepada pertolongan Allah swt sama ada ketika senang atau susah
  3. Memohon hajat untuk diri sendiri dan orang lain
  4. Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  5. Mengimbangi jiwa supaya reda menempuh sebarang ketentuan Allah SWT
     Terima kasih kepada semua yang terlibat..........

PROGRAM MENANAM POKOK @ SCHOOL PERINGKAT SEKOLAH -SEKOLAH JOHOR BAHRU

Program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar Puan Hajah Aishah Bt Mahmood.Sebanyak 20 pokok telah ditanam di sekitar sekolah yang ditanam oleh murid-murid Tahun 6 dan murid Pra Sekolah.Program ini bertujuan untuk memupuk minat menanam pokok dan mencintai alam sekitar di kalangan warga STAR 2 khususnya dan masyarakat Malaysia amnya. Malah hasrat ini menjadi lebih signifikan pada ketika bumi sedang menghadapi pemanasan global.Menyeimbangkan antara pembangunan dan alam sekitar juga menjadi salah satu tujuan program ini dilaksanakan. Kemusnahan alam sekitar akibat pembangunan merupakan satu alasan yang sama sekali tidak boleh diterima dan jika hal ini berlarutan tidak mustahil satu hari nanti planet bumi kita tidak lagi sesuai untuk didiami. Atas kesedaran inilah maka program penanaman pokok ini diadakan.

Wednesday 11 May 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UNTUK MURID TAHUN 6

Program ini telah diadakan pada 10 Mei, 11 Mei dan 12 Mei 2011 bertempat di Dewan Sri Temenggong STAR 2. Bagi Bahasa Melayu ia telah disampaikan oleh En Sahrin B Masarin dari Sekolah Angkatan Tentera, manakala untuk Matematik pula disampaikan oleh Pn Liana dari SK Convent. Bagi Bahasa Inggeris ianya disampaikan oleh Pn Irin Rachael dari SK Taman Universiti 2. Program ini bertujuan untuk memberikan persediaan mental dan fizikal yang terbaik agar mereka berkeyakinan menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara objektif program ini ialah :
1. Teknik yang betul menjawab soalan yang dikemukakan.
2. Mengetahui keperluan dan kehendak soalan
3. Berkeyakinan menjawab soalan
4. Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan
5. Bersedia untuk menghadapi peperiksaan

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI DAERAH JOHOR BAHRU

Pada Sabtu 7 Mei 2011 bertempat di Sekolah Taman Tampoi Utama telah diadakan Festival Sains Dan Teknologi Peringkat daerah Johor Bahru. Pihak sekolah telah menyertai 3 pertandingan iaitu Pertandingan Bercerita Tahap 1, Saintis Muda dan Eurekka. Antara murid yang terlibat adalah Adik Shaqimie (3 wira) untuk bercerita, Adik Izzuddin dan Azryn (6 Wira) untuk saintis muda dan Adik Daeng, Aiman, Azrul dan Adam ( 5 Wira) untuk eurekka. Tahniah kepada semua peserta, walaupun tidak berjaya.

Monday 9 May 2011

19

19 by Star2jb2
19, a photo by Star2jb2 on Flickr.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...