Monday 25 April 2011

LATIHAN KEBAKARAN FASA 2

Latihan ini telah diadakan pada hari Isnin 25 April 2011. Ianya bertujuan untuk menguji kecekapan murid, guru dan staf dalam menghadapi situasi kebakaran yang sebenar.
LATIHAN KEBAKARAN

MAJLIS PELANCARAN HARI BUMI

Majlis ini telah diadakan pada hari Isnin 25 April 2011 oleh Puan Guru Besar Puan Hajah Aishah Bt Mahmood bertempat di Dewan sri Temenggong. Majlis ini telah dijalankan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan  Panitia Kajian Tempatan yang diketuai oleh Puan Nurul Nishak. Beberapa program telah dirancang sempena dengan hari bumi ini antaranya:
Program Kitar Semula STAR 2



TARIKH BAHAN KITAR SEMULA
24 April – 29 April 2011  KERTAS
2 Mei – 6 Mei 2011 ALUMINIUM
9 Mei – 13 Mei 2011 KACA

SOROTAN MAJLIS PELANCARAN HARI BUMI


Wajah anak - anak Star 2 2011






LAIN - LAIN

DALAM PEMBINAAN

PERLEMBAGAAN P.I.B.G


PERLEMBAGAAN DAN KAEDAH-KAEDAH PERSATUAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KAEDAH A
Nama dan alamat

KAEDAH B
Maksud-maksud dan tujuan persatuan.
1. Maksud persatuan ialah :

  •  untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya, dan
  • Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah

  • untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
  • Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
  • Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

KAEDAH C
Tempat diadakan mesyuarat.

KAEDAH D
1. Keanggotaan
Tiap-tiap ibu bapa dan guru guru adalah diiktiraf sebagai ahli persatuan ini.
2. Jawatan Kuasa

2/8 PERLEMBAGAAN PIBG
1. Satu Jawatan Kuasa mengandungi pegawai berikut hendaklah dilantik di mesyuarat
agung tahunan :
a.Pengerusi
b.Timbalan Pengerusi
c.Setiausaha
d.Bendahari
e.Tujuh orang Ahli Jawatan Kuasa.
ii) Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua
anggota AJK boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.
iii) Nama-nama kekosongan yang berlaku dalam Jawatan Kuasa hendaklah dipenuhi oleh
Jawatan Kuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga
Mesyuarat Agung Tahunan yang kan datang.
3. Tugas-tugas Jawatan Kuasa

  •  Tugas Jawatan Kuasa ialah mengelolakan dan mengatur kegiatan-kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.
  • Jawatan Kuasa hendaklah mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan 14 hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.
  • Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang ahli Jawatan

3 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

Kuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatan Kuasa pada
bila-bila masa.
4. Tugas Jawatan Kuasa PIBG

  • Pengerusi hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agong dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggung jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menanda tangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatannya
  • Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan persatuan menurut perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan mesyuarat jawatan kuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat, dan menguruskan semua hal mesyuarat, dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan lain-lain rekod.Ia hendaklah menyediakan laporan unutk dibentangkan, kepada mesyuarat agung dan minit-minit yang berkenaan dengannya.
  • Bendahari adalah bertanggung jawab berkenaan hal semua kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan, dan  bertanggung jawab diatas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun, kewangan sebelum satu haribulan Febuari* dan serahkan untuk di audit.

KAEDAH E
Pendapatan
Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumupulan wang ke dalam mana yang hendak dibayar
semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan persatuan,
dan kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh persatuan secara telus.

KAEDAH F
Kuasa bagi membelanjakan wang persatuan

4 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

1. Kuasa untuk membelanjakan wang persatuan ialah Jawatan Kuasa Persatuan dengan
syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
persatuan.
2. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada $100.00 (Satu Ratus
Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah
bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama
persatuan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari Akaun Persatuan hendaklah di tanda
tangani bersama oleh Bendahari, Pengerusi dan Setiausaha
4. Tahun kewangan persatuan ialah 1hb. Januari hingga 31 hb. Disember.
5. Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian
melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu
sebelum pesanan pembelian di keluarkan.

KAEDAH G
Penyimpan akaun-akaun pendapatan dan Perbelanjaan Persatuan.
1. Akaun persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak
menjadi ahi Jawatan Kuasa dan mereka hendaklah dicalun oleh ahli-ahli persatuan dalam
mesyuarat agung tahunan.
2. Penyata kira-kira yang telah diaudit berserta salinan penyata akaun bank hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.
3. Satu salinan penyata kira-kira yang telah di odit dan diluluskan oleh mesyuarat agung
tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah, Negeri.

KAEDAH H
Koram
1. Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada 24 orang ahli
(Bilangannya mestilah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan ahli-ahli Jawatan Kuasa)
2. Koram bagi mesyuarat Jawatan Kuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan ahli-ahli
Jawatan Kuasa.

5 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

KAEDAH I
Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar
1. Kuasa persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
2. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mei.
3. Suatu Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan :
- Apabila difikirkan perlu oleh Jawatan Kuasa.
- Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 24 orang ahli persatuan dan
mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan
permintaan tersebut.
- sekurang-kurangnya 14 hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan
mesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuarat
agung tergempar.
- Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatan Kuasa dan Penyata
kira-kira yang telah diodit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan
menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan.
- Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan hanya kepada maksud
mesyuarat itu diadakan.

KAEDAH J
Pindaan Perlembagaan Persatua
Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
mesyuarat agung tahunan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan
hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu
dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah, Negeri.

6 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

KAEDAH K
Harta dan Amanah
1. Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta alih yang mana pada pendapatnya dikira kan memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.
2. Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan dan mereka kan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta takalih kepunyaan persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatan Kuasa.
3. Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau meukar harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.
4. Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan dari jawatannya oleh Jawatan Kuasa oleh sebab uzur kerana penyakit tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung tahunan maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatan Kuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam mesyuarat agung.
5. Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut perlembagaan ini, berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamat.

KAEDAH L
Larangan
1. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain di sekolah
2. Persatuan tidak boleh menjadi instrumen bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang bersangkutan di antara persatuan dan Guru Besar / Pengetua atau

7 / 8 PERLEMBAGAAN PIBG

kakitangan sekolah atau Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran atau Kerajaan Negeri
atau Persekutuan.

KAEDAH M
Taksiran
Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai taksiran dalam perlembagaan ini, perkara
itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatan Kuasa. Keputusan Jawatan Kuasa
mengenai perkara tersebut adalah muktamad.

KAEDAH N
Pembubaran
Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar
Sekolah, Negeri. Segala harta alih atau takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan
kelulusan Pendaftar Sekolah, Negeri.

AKTIVITI P.I.B.G


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG BIL 1 SESI 2012/2013
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG telah diadakan pada 10 April 2012 bertempat di rumah kediaman YDP PIBG . Banyak perkara dibincangkan terutamanya berkenaan pencapaian sekolah terutamanya pencalonan sekolah kluster. Terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang hadir.
















Mesyuarat Agung PIBG.



YDP P.I.B.G


 TUAN HAJI MOHD AMIN BIN OTHMAN
( YDP STAR2 2014 )



BIL     NAMA YANG DIPERTUA PIBG 1964-2011
1      EN SELAMAT BIN HJ ANUAR
2          TN HJ HASSAN BIN AHMAD
3          KAPTEN AHMAD BIN IDRIS
4          EN MOHD SALLEH BIN MOHD
5          ALLAHYARHAM Y.M UNGKU HJ MOHD AMIN BIN MOHD TAHIR
6          ALLAHYARHAM TN HJ ABDUL HAMID BIN RAHMAT
7          TN HJ BAHARUDDIN BIN PAOK
8          EN ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN
9          EN RAMAN BIN KASSIM
10        PROF. DR MOHD RUDDIN BIN  ABDUL GHANI
11        TN HJ MOHD JOHARI BIN HJ MUSLIM
12        EN BAHARUDDIN BIN BAHRAN
13        TN HJ MOHD AMIN BIN OTHMAN
BIL
NAMA YANG DIPERTUA PIBG
1
EN SELAMAT BIN HJ ANUAR
2
TN HJ HASSAN BIN AHMAD
3
KAPTEN AHMAD BIN IDRIS
4
EN MOHD SALLEH BIN MOHD
5
ALLAHYARHAM Y.M UNGKU HJ MOHD AMIN BIN MOHD TAHIR
6
ALLAHYARHAM TN HJ ABDUL HAMID BIN RAHMAT
7
TN HJ BAHARUDDIN BIN PAOK
8
EN ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN
9
EN RAMAN BIN KASSIM
10
PROF. DR MOHD RUDDIN BIN   ABDUL GHANI
11
TN HJ MOHD JOHARI BIN HJ MUSLIM
12
EN BAHARUDDIN BIN BAHRAN
13
TN HJ MOHD AMIN BIN OTHMAN

BIL
NAMA YANG DIPERTUA PIBG
1
EN SELAMAT BIN HJ ANUAR
2
TN HJ HASSAN BIN AHMAD
3
KAPTEN AHMAD BIN IDRIS
4
EN MOHD SALLEH BIN MOHD
5
ALLAHYARHAM Y.M UNGKU HJ MOHD AMIN BIN MOHD TAHIR
6
ALLAHYARHAM TN HJ ABDUL HAMID BIN RAHMAT
7
TN HJ BAHARUDDIN BIN PAOK
8
EN ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN
9
EN RAMAN BIN KASSIM
10
PROF. DR MOHD RUDDIN BIN   ABDUL GHANI
11
TN HJ MOHD JOHARI BIN HJ MUSLIM
12
EN BAHARUDDIN BIN BAHRAN
13
TN HJ MOHD AMIN BIN OTHMAN

LAIN - LAIN

GURU OH GURU - USMAN AWANG
Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa; Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan, Seribu tahun katanya menjadi hikmat; Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca; Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya, Di sebuah sekolah mewah di ibu kota, Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu, Dia adalah guru mewakili seribu buku, Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa, Semakin bererti tugasnya kepada negara; Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan di dulang ilmu, Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat. 




 

BIDANG TUGAS GURU

Senarai dan Bidang Tugas Guru

1. GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit selepas sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang / tingkap telah ditutupsetelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil tindakan segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
5. Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah.
6. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
7. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran.
8. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
9. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawaasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah.
10. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari /minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:
11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan
11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit
11.3 lawatan-lawatan / pelawat
11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
13. Perhimpunan
13.1 Memastikan semua guru menghadiri perhimpunan
13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
13.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas

2. GURU KELAS
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan dsb.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
(a) Jadual Waktu
(b) Jadual Bertugas
(c) Motto Kelas
(d) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid mencukupi
(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan penceduk sampah
(f) Papan tulis, kapur, papan kenyataan, almari dll keperluan bilik darjah mencukupi dan dalam keadaan baik dan teratur.
1.3 Melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru berkenaan.
1.4 Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan tugas.
1.5 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Kebajikan murid
(b) Keceriaan kelas jika perlu dll

2. Jadual Kedatangan dan Kehadiran Murid
2.1 Menandakan Jadual Kedatangan Harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan Buku Daftar Kedatangan Murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki di dalam Buku Daftar Kedatangan Murid Ditulis dengan lengkap.
2.3 Memastikan data terkini murid di dalam kelas.

3. Laporan / Rekod Profil / Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai
(a) Rekod Profil / Kemajuan Murid
(b) Kad 001R
(c) Kad Kesi hatan
(d) Kad Pergigian
(e) Buku Nilam

4. Kutipan Yuran dan Derma
4.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan murid membayar kesemua yuran sekali gus.
4.2 Mengutip derma PIBG.
4.3 Mengutip yuran peperiksaan bagi kelas peperiksaan .
4.4 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat.
4.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan,Insuran Takaful dan lain-lain derma kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).
4.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

5. Buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5.1 Mengagihkan Borang SPBT 1 bagi mengenalpasti murid mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
5.2 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik serta ditulis nama murid.
5.3 Mengemaskini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian atau mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
5.4 Memungut kembali SPBT pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengembalikan / memulangkan atau merosak dan menghilangkan SPBT pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada Guru SPBT
5.5 Mengenalpasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan Melaporkan kepada Guru Kebajikan.

6. Pendaftaran Murid Baru
6.1 Menerima kemasukan murid baru.
6.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatangan Murid dan mendapatkan Nombor Pendaftaran Murid dari Buku Kemasukan Murid daripada Penolong Kanan HEM
6.3 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
6.4 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan murid ini dapa buku teks.
6.5 Menentukan penerimaan Kad Kemajuan / Buku Rekod Profil, Kad 001R, Kad
Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang diperlukan dari sekolah yang terdahulu.
6.6 Menentukan rumah sukan.

7. Murid Keluar
7.1 Menentukan Kad Kemajuan / Rekod Profil, Kad 001R telah kemaskini dan diserahkan kepada murid.
7.2 Menentukan Kad Kesihatan, Kad Pergigian dan lain-lain dokumen yang berkaitan diserahkan kepada murid.
7.3 Menentukan buku teks (SPBT) telah dipulangkan.
7.4 Menentukan semua jenis bayaran seperti yuran sekolah dsb telah selesai dibayar.

HURAIAN SUKATAN

SILA RUJUK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM :-

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERBINCANGAN

PENCEN UMUR 60 TAHUN.


LAIN - LAIN

SATU MURID SATU BIDANG SUKAN

MARAN 21 Feb 2010 - Kementerian Pelajaran akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

Bagi tujuan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, satu jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengkaji perkara tersebut yang membabitkan kurikulum dan aspek pemarkahan.''Sekurang-kurangnya satu sukan wajib diambil oleh pelajar. Dasar ini telah lama ada tetapi ia kurang ditekan.

''Kita sedang mengkaji kurikulumnya dan sekurang-kurangnya tahun depan kita boleh mula tetapi mana-mana sekolah yang telah bersedia boleh bermula tahun ini. Kita perlu memperincikan jadual dan kurikulum bagi mengelakkan pertembungan antara akademik dan sukan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara cawangan Jengka di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya akan merombak Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran dengan menjadikan sukan sebagai bidang berasingan.''Pada masa ini, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum kementerian melibatkan persatuan beruniform diletakkan dalam satu bahagian. Kita hendak buat rombakan iaitu kokurikulum dalam satu bahagian manakala sukan dalam pengkhususan lain," jelasnya.

Sehubungan itu kata beliau, jawatankuasa sementara itu akan mengkaji pelbagai perkara termasuk kurikulum yang lebih lengkap, tenaga pengajar, jurulatih yang berkemahiran dan aspek promosi.Menurut beliau, aktiviti sukan di sekolah juga akan dikaji supaya ia tidak hanya diadakan dalam tempoh dua tiga bulan pertama sesi persekolahan sebaliknya sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan.''Kita hendak lahirkan lebih banyak guru sukan dan mengubah semula kalendar sukan tahunan.

Ketika ini, kalendar sukan tahunan dibuat dua tiga bulan selepas sekolah dibuka dan pada bulan Jun telah selesai dan selepas itu tidak ada diberi perhatian oleh pihak sekolah," ujarnya.Beliau menambah, kerajaan juga sedang mengkaji untuk menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah supaya hasrat itu menjadi kenyataan.


TAKWIM

DALAM PEMBINAAN

AKTIVITI

DALAM PEMBINAAN

PENGENALAN





 
Pendahuluan

Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.

Dalam usaha untuk menjadikan STAR 2 sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.

Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...