Tuesday 29 March 2011

Latihan Kebakaran Siri 1

Latihan kebakaran ini telah diadakan pada hari selasa dia antara pukul 8.20 pagi hingga 8.45 pagi. Latihan ini bertujuan untuk mencegah dan juga menyusun atur laluan bagi mengelakkan kebakaran di waktu masa kritikal dan latihan ini dilakukan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid.

Anugerah Nilam Dan Majlis Tilawah Al-Quran Zon Bandar

Anugerah Nilam ini diberi untuk murid yang banyak membaca buku di STAR 2. Anugerah ini diberi untuk menggalakan murid-murid membaca buku agar dapat menjana ilmu dari masa ke semasa hingga ke akhir hayat dan memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid.
Majlis Tilawah Al-Quran diadakan pada 26/3/2011 di SK Tasek Utara. Pihak sekolah telah menghantar Ustaz Zam-Zam sebagai guru pengiring dan 3 wakil murid untuk menyertai pertandingan tersebut dan sekolah telah mendapat Johan hafazan lelaki iaitu oleh adik Azrul Haiqal dari 5 Wira.Tahniah kepasa Adik Azrul.....

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 3

LDP ini telah dijalankan di luar STAR 2 iaitu di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru dan ianya dijalankan pada hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. LDP ini dijalankan dengan kerjasama daripada pensyarah dan pelatih Unit Pendidikan Jasmani. LDP ini menitik beratkan tentang Kejurulatihan Olahraga untuk murid- murid. LDP ini dimulakan dengan senamrobik yang dipimpin oleh pelatih IPG Kampus Johor Bahru.






Monday 28 March 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2 ini telah disampaikan oleh En Salimin B Selamat dari bahagian Teknik dan Vokasional. Ceramah yang beliau berikan bertajuk  " Stategi Headcount Menjana Potensi Individu Ke Tahap Optimum". LDP ini telah dijalankan pada 24/3/2011 pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 1

Latihan dalam Perkhidmatan ini telah diadakan pada 23/3/2011 iaitu pada hari Rabu. LDP ini disampaikan oleh En Jamaluddin Bin A. Rahman dari Bahagia Unit Sekolah Rendah Johor Bahru. Ceramah yang di sampaikan oleh beliau bertajuk Profesionalisme Inovasi dan Kredibiliti Dalam Kepimpinan.


Monday 14 March 2011

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA GURU DAN MURID STAR2 14 MAC - 18 MAC 2011

Selamat bercuti kepada semua guru dan murid mulai 14 Mac - 18 Mac 2011. Semoga percutian dapat memberikan manfaat kepada guru terutamanya, yang melepaskan rindu untuk pulang ke kampung masing - masing bagi mengisi masa lapang dan rehat setelah penat mengajar. Kepada murid -  murid pula, jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah terutamanya yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2011. Ingat tu, walau bercuti menyeronokkan, akan tetapi keselamatan semasa pulang kekampung juga perlu juga dititikberatkan agar keselamatan pergi dan balik juga selamat.

Selamat bercuti....

Sunday 13 March 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PKBS 1 DAN UPPM 1 2011

Selamat menduduki peperiksaan PKBS 1 DAN UPPM 1 kepada murid-murid  Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, Johor Bahru,  Johor..Kami Warga STAR 2  sentiasa mendoakan kamu semua...semoga mendapat kejayaan yang cemerlang...InsyaAllah....

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -35

Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan pada 26 Februari 2011 dan telah dirasmikan oleh En Nor Hisham Bin Hussien, Timbalan Presiden Bahagian Pembangunan Sosial IRDA. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Musyaddad dan seterusnya persembahan dari murid-murid STAR2.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru:
YDP : Tn Hj Mohd Amin B Othman
NYDP : En Mohd Nasri B Abdul Ghani
Setiausaha : Pn Rasidah Ismail
Bendahari : Pn Zulfa Alhana Bt Asmain
AJK Guru : 1. En Adam Sahimin@Salimin
                     2. En Anuar Bejo
                    3. En Jagdev Singh A/L Gurcharan Singh
                    4. Pn Rafiah Abdullah
                    5. Pn Zalihar Bu Udin
AJK Ibu Bapa: 1. En Mohamed Arwies B Mohamed Ghazali
                           2. Pn Nur Adilah Nuha Bt Abdullah
                           3. Pn Maizatul Sara Bt Abu Bakar
                           4. Pn Aslinda Bt Salikin
                           5. Pn Sarbjit Kaur A/P Sohen Singh
Juru Audit Dalaman : En Sarbini B Kamari ( Ibu bapa) dan Pn Nur Azuaa Bt Rofik (Guru)

Wednesday 9 March 2011

Lagu Sekolah

Belajar berkhidmat berbakti,
Cogankata sekolah kami,
Itu ikrar dan janji,
Untuk ibu pertiwi,

Sekolah yang sangat ku cinta,
Temenggong Abdul Rahman Dua,
Satu tekad dan cita,
Hasrat kami semua.

Taatlah pada Raja,
Serta Negara tercinta,
Prinsip Rukunegara,
Mesti amalkan bersama.

Belajar berkhidmat berbakti,
Cogankata sekolah kami,
Itu ikrar dan janji,
Untuk ibu pertiwi.

Dalam bidang pelajaran,
Minat mesti ditumpukan,
Agar dapat menghasilkan,
Cita-cita hidup bahagia.

Logo Sekolah

 Warna Merah - Melambangkan Kekuatan dan Kesungguhan Murid-Murid Belajar
 Warna Biru Tua - Melambangkan Ketenangan dan Keharmonian di Sekeliling Sekolah
 Warna Putih - Melambangkan Kejujuran, Kesucian dan Keikhlasan Hati dan Budi
 Obor Merah - Pencetus semangat dan azam yang jitu serta cita-cita ke arah kejayaan dalam hidup.

Tuesday 8 March 2011

Sejarah Sekolah


SK Temenggong Abdul Rahman (2) adalah berasal dari Bukit Zaharah atau namanya sebelum merdeka ialah Bukit Zaharah Day School. Sekolah Bukit Zaharah telah dibuka pada tahun 1910 dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bukit Zaharah yang terletak berhampiran dengan Istana Besar Johor.
                  Pada tahun 1956 sebuah bangunan sekolah didirikan di Jalan Abdul Rahman Andak dan pada bulan September 1957 bangunan tersebut diberi nama Temenggong Abdul Rahman School Standart Type Primary ( English ). Semua murid dari Sekolah Bukit Zaharah telah dipindahkan ke sekolah baru. Sekolah ini telah dirasmukan oleh Sultanah Johor pada 10 Oktober 1957. Untuk membantu pentadbiran sekolah, Jemaah Pengelola Sekolah telah dibentuk pada tahun 1959 dengan melantik bekas murid tua iaitu Tuan Haji Abdul Karim bin Hitam sebagai Pengerusi Jemaah Pengelola.
                  Pada tahun 1963, SK Temenggong Abdul Rahman telah dibahagikan kepada dua iaitu SK Temenggong Abdul Rahman ( 1 ) ringkasnya STAR 1 dan SK Temenggong Abdul Rahman ( 2 ) ringkasnya STAR 2 kerana berlakunya pertambahan bilangan murid pada setiap tahun. Sesi persekolahan STAR 1 dan STAR 2 dijalankan secara bergilir iaitu pada setiap tahun (nombor genap) STAR 2 akan bersekolah pada sesi pagi dan pada tahun (nombor ganjil) STAR 2 akan bersekolah pada sesi petang. Sekolah ini terdiri dari murid lelaki sahaja.
                  SK Temenggong Abdul Rahman mendapat nama dari salah seorang Temenggong Johor yang banyak membuat pembaharuan dan bakti pada zaman Kesultanan Johor pada kurun ke-18. Temenggong Abdul Rahman bertanggungjawab sebagai wakil Sultan Johor (Tengku Hussein ) yang mentadbir dan menguasai Kepulauan Singapura dan Negeri Johor. Beliau juga turut serta dalam menandatangani perjanjian dengan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Temenggong Abdul Rahman telah bersemayam di Telok Belanga, Singapura. Pada  tahun 1825, beliau telah mangkat dan jenazahnya telah di makamkan di Telok Belanga. Puteranya Daeng Rongek telah menggantikan jawatannya sebagai Temenggong dengan gelaran Temenggong Ibrahim dan seterusnya menjadi Sultan Johor ke 18.
                   Jalan Abdul Rahman Andak pula adalah mengambil sempena Dato' Abdul Rahman Andak. Beliau merupakan Penasihat Sultan Johor iaitu Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Beliau dihantar ke England oleh Sultan Abu Bakar. Beliau berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor dan dilantik menjadi Sri Amar Di Raja. Beliau bertanggungjawab menentang kemasukan pengaruh Inggeris ke Johor dan akibatnya dibuang negeri ke England dan meninggal dunia di sana.
                   Pembinaan bangunan dua blok 4 tingkat yang baru telah mengubah rutin perjalanan sekolah ini. Pembinaan pada awal tahun 1996 dan telah siap pada penghujung tahun 1996. Ini  telah mengubah sesi persekolahan STAR 2. Pada Januari 1997, STAR 2 secara rasmi telah berpindah ke bangunan baru tersebut. Terdapat bilik khas disediakan di sekolah ini seperti Bilik Muzik, Surau, Perpustakaan,Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Tayang.
                   Bermula dari tahun 1957 hingga sekarang, STAR 2 telah ditadbir oleh Guru Besar yang banyak menyumbangkan jasa dan bakti dalam pelbagai aspek untuk menaikkan prestasi sekolah sama ada dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
                   Sehingga kini, sekolah ini telah dilengkapi dengan 2 buah kelas pra-sekolah, ruang makan Pra Sekolah, 12 bilik darjah akademik, klinik pergigian, bilik pinjaman buku teks SPBT, Bilik Pemulihan Khas, Pusat Akses, Bilik PPSMI dan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
                   Pada tahun 2009, dengan jasa baik Tuan Haji Aminudin bin Adam, Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru; pihak sekolah serta pihak PIBG sekolah ini telah dapat membangunkan sebuah padang mini di hadapan sekolah. Padang tersebut telah digunakan secara rasmi pada awal November 2009.
                   Kini STAR 2 mempunyai 380 orang murid dan 32 orang guru, seorang Pembantu Tadbir, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah, seorang Juruteknik Komputer, seorang Pembantu Am Pejabat, 4 orang Pekerja Swasta Kebersihan dan dua orang Pegawal Keselamatan Swasta. Kebanyakkan murid di sini berasal dari keluarga yang mempunyai sosio ekonomi yang baik. Penempatan murid di sekolah ini adalah dari sekitar bandaraya Johor Bahru dan Bukit Saujana. Malah terdapat juga murid dari Seri Stulang, Larkin, Kempas, Skudai, Tampoi dan Perling.

BIL
NAMA GURU BESAR
TAHUN
BERKHIDMAT
1
EN CHIA TECK CHIANG
1964 - 1969
2
EN HO PENG SENG
1969 -  1972
3
EN CHARLIE HU WEI TECK
1973 -  1975
4
EN HO PENG SENG
1975 -  1985
5
EN LEE WENG KEE
1985 -  1988
6
EN ABDUL RAHMAN AWANG
1989 -  1992
7
EN AN CHIN KWANG
1992 -  1997
8
TN HJ JEMALI BIN PAIMAN
1997 - 2002
9
EN YEO KENG GUAN
2002 - 2005
10
EN TAY TONG AIK
 2005 - 2008
11
PN HJH AISHAH BT MAHMOOD
2008 -  SEKARANG



































Objektif

Ø    Meningkat pretasi UPSR dari 80.93% kepada 90 %
Ø    Meningkat GPS UPSR : 1.67
Ø    Menambah bilangan penglibatan murid dalam kokurikulum peringkat daerah kepada 15% dan pencapaian kejayaan dalam penyertaan kokurikulum kepada 15 %
Ø    Meningkat prestasi akaemik murid setiap kelas kepada 10 %.
Ø    Meningkatkan matlamat Program 3K, semua kelas mendapat markah 85%
Ø    Meningkatkan pengguanaan teknologi maklumat secara meluas dan berkesan dalam sistem pengurusan sekolah, pengajaran & pembelajaran serta mamantapkan kemahiran murid dalam penggunaan peralatan teknologi maklumat.

Matlamat

SK Temenggong Abdul Rahman (2), menjadi sebuah sekolah cemerlang dalam daerah Johor Bahru dan negeri Johor.

Visi dan Misi

Visi Sekolah

 "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Misi Sekolah

" Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti"

Profil Sekolah

 
“ Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang “


MOTTO SEKOLAH
BELAJAR, BERKHIDMAT
DAN BERBAKTI
STUDY, SERVE ALTRUISM


Wednesday 2 March 2011

Salam sejahtera kepada warga STAR2

Saya Cikgu Anuar Bin Bejo ingin mencoretkan kata-kata aluan dalam pembinaan laman web ini....

-------WEBSITE INI MASIH DIDALAM PEMBINAAN LAGI-------

                                 ------HARAP MAAF-----

                                ------TERIMA KASIH------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...